Skip Ribbon Commands
Skip to main content

KUNJUNGAN PENGENALAN DAN PERPISAHAN DARIPADA COMMANDING OFFICER SECOND BATTALION ROYAL GURKHA RIFLES

BERAKAS GARISON, Khamis 12 Julai 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Yang Mulia Leftenan Kolonel Dave Pack dan Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Leftenan Kolonel Jamie C Murray, Commanding Officer Second Battalion Royal Gurkha Rifles (2RGR) yang baru dan lama, bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH BATALION BANTU TDDB

PENANJONG GARISON, Rabu 11 Julai 2018 - Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah  bertempat di Rumah Masak Bn Bantu TDDB. Seramai 12 anggota telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Koperal manakala 01 anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap.


KUNJUNGAN KERJA DARIPADA DUTA BESAR DAN MUTLAK KESULTANAN OMAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Isnin 09 Julai 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan Kerja daripada Duta Besar dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari bertempat di Markas TDDB.


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

TUTONG KEM, Juma'at, 06 Julai 2018 – Kunjungan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB bersama rombongan ke kediaman anggota-anggota 2Bn TDDB bersempena Hari Raya Aidilfitri 1439H telahpun diadakan. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Lt Kol Pg Shamsul Reza, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Memerintah Kompeni, Pemangku Ejutan, Sarjan Mejar Rejimen dan Pemangku Sarjan Mejar Kawad.


PEMBUKAAN WOKSYOP PERKONGSIAN MAKLUMAT TENTERA DARAT ASEAN 2018

Republik Singapura, Rabu, 04 Julai 2018 - Woksyop bagi Perkongsian Maklumat Tentera Darat ASEAN 2018 yang julung kalinya telah diadakan bermula pada 03 - 05 Julai 2018 yang dikendalikan oleh Republik Singapura dan telah dihadiri oleh 10 Ketua Perisikan Tentera Darat ASEAN. Tentera Darat Diraja Brunei telah diwakili oleh Yang Mulia, Leftenan Kolonel Mohd Salehudin bin Dato Paduka Haji Puasa di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura.


View all News

< July 2018 >
 Sun  Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat 
 1 
 2 
 3 
 4 
 5 
 6 
 7 
 8 
 9 
 10 
 11 
 12 
 13 
 14 
 15 
 16 
 17 
 18 
 19 
 20 
 21 
 22 
 23 
 24 
 25 
 26 
 27 
 28 
 29 
 30 
 31 
 1 
 2 
 3 
 4