Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerutusan


TEKS PERUTUSAN

 

PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 

SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 57

 

Pada

 

Hari Ahad,

04 November 2018 bersamaan 26 Safar 1440

 

Bertempat

 

Padang Kawad Batalion Pertama

Tentera Darat Diraja Brunei

Berakas Garison


Assalamu'alaikum Warrahmatullah-Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, Wassalatu Wassalamu 'Ala Ashrafil Ambia  Walmursalin, Sayidina Muhammadin, Wa'ala Alihi Wasahbihi Waman Tabi'ahu Bi'Ihsani Ilayau Mid'din.

 

Yang Mulia, Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei.

 

Yang Mulia, Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei.

 

Yang Mulia, Kolonel Dr Jefri bin Hj Abdul Razak, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei.

 

Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei, Sarjan Mejar Rejimen-Sarjan Mejar Rejimen,  

 

Serta Seluruh Warga Tentera Darat Diraja Brunei termasuk anggota-anggota yang melaksanakan tugas Kawalan Istiadat di Istana Nurul Iman dan Qashr' Al-Meezzan, anggota-anggota yang bertugas di Perkhemahan Bangar, dan beroperasi di Pulau Baru-Baru, membuat rondaan-rondaan, yang melaksanakan Tugas Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Republik Filipina dan Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), kepada yang berkursus di dalam mahupun di luar negara serta para Perajurit dan Paranita yang berdiri megah di hadapan Saya yang dihormati lagi dikasihi sekalian.

 

Warga Tentera Darat Yang Saya Banggakan Sekalian,

Pertama sekali, marilah kita sama-sama merafakkan segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala diatas limpah rahmat, dan kurnia keamanan dan kesejahteraan nya jua, kita dapat berkumpul berbaris megah pada hari ini untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei ke 57.

 

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam, kaum kerabat, para sahabat serta para pengikut baginda yang ta'at setia lagi jujur menegakkan Syi'ar Islam hingga ke akhir zaman.

 

Bersempena sukut baik di Hari Ulang tahun Tentera Darat Diraja Brunei ke 57 ini, marilah kita mengulangi lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

Perajurit dan Paranita Yang Berbaris Megah,

Persekitaran Strategik yang semakin mencabar telah menimbulkan pelbagai implikasi seperti perubahan iklim yang membawa kepada bencana alam, ancaman bukan tradisi seperti jenayah rentas sempadan, pengganasan serta keselamatan siber, semua ini memerlukan Tentera Darat untuk sentiasa dalam keadaan berwaspada dan beradaptasi dengan meningkatkan kesiapsiagaan (preparedness), kesediaan (readiness) serta profesionalisme setiap anggota dan unit dalam apa jua operasi.

 

Sebelum melanjutkan perutusan ini, seperti lazimnya, pada setiap sambutan Hari Ulang Tahun, kita akan merista kembali pencapaian dan pengajaran TDDB sepanjang setahun lalu. Hanya dengan sikap Qanaah (Bersyukur) dan Tawadhuk (Rendah diri) dalam kedua-dua perkara ini Tentera Darat akan dapat mengukur tahap pencapaian kita dalam menuju ke arah peningkatan yang lebih baik.

 

Pelbagai kemajuan telah diraih sepanjang tahun lalu. Dari sudut diplomasi pertahanan khususnya latihan dua hala dan berbagai hala, kita terus melaksanakan latihan-latihan bersama angkatan negara-negara sahabat. Dan baru-baru ini, pertama kalinya Tentera Darat juga telah terlibat dengan latihan dua hala Eksesais PAHLAWAN WARRIOR bersama Tentera Darat Amerika Syarikat, yang merupakan latihan sulung dan perintis bagi kedua-dua Negara. Alhamdulillah, pada tahun 2018 ini, TDDB telah dapat meneruskan kembali penglibatan di dalam Australian Army Skills at Arms Meeting (AASAM) setelah kita tidak menyertainya pada tahun lalu.  TDDB akan terus terlibat dengan apajua kerjasama seperti ini, sepertimana petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-57 pada 1 Julai yang lalu.

 

Baginda antara lain menegaskan bahawa 'Mana-mana penglibatan atau kegiatan yang bermanafaat adalah elok diteruskan, seperti penyertaan kita dalam latihan-latihan ketenteraan serantau, dua hala atau pelbagai hala. Ini, bukan sahaja berguna dari sudut latihan, malah lebih daripada itu, boleh meningkatkan kemahiran dan keupayaan operasi kita.'

 

Diplomasi pertahanan adalah salah satu landasan yang dapat meningkatkan kesafahaman dan kerjasama dengan Negara luar dan mampu mengelakkan ketegangan atau konflik. Oleh yang demikian penglibatan TDDB dalam program-program latihan, persidangan, seminar dan pertandingan di peringkat dua hala dan pelbagai hala akan terus dipertingkatkan. Salah satu inisiatif, Insya Allah akan dilaksanakan dengan Negara sahabat ialah perkongsian maklumat dan perisikan. Begitu juga dengan penglibatan kita dengan IMT dan UNIFIL akan diteruskan kerana ianya dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan anggota-anggota TDDB.

 

Di sudut operasi, dengan pendekatan baru, perlaksanaan rondaan-rondaan telah menampakkan hasil yang lebih signifikan dan produktif yangmana antara lain berjaya menahan orang asing serta mengahalang kemasukkan mereka ke tempat-tempat hotspots, rondaan yang diselaraskan melalui konsep whole of nation approach bersama agensi-agensi keselamatan lain untuk meliputi kawasan yang lebih luas dengan lebih efektif. Saya berseru supaya inisiatif ini diteruskan sesuai dengan misi TDDB 'Untuk Melindungi dan Mempertahankan Kedaulatan Tanahair'.

 

Dari segi keupayaan, pada tahun ini TDDB telah mendapat lima buah Bot Tempur pertama untuk menggantikan FAB dan kelengkapan KBRL juga ada penambahan baru. Sementara sebilangan daripada kelengkapan ISTAR seperti Covert Cellular Camera, Rotary and Fixed Wing Drone, Remote Border Surveillance dan Spectrum Analyser sedang dalam proses percubaan yangmana jika dibekalkan nanti akan dapat membantu operasi dengan lebih berkesan.  Insya Allah peningkatan keupayaan ini akan diteruskan secara berfasa untuk mencukupi keperluan operasi. Sebahagian alat-alat ganti VAB juga telah baru diterima, ini memudahkan untuk mencapai sasaran untuk menaikkan jumlah VAB serviceable. Dengan adanya penambahan kelengkapan dan alat-alat ganti ini akan dapat membantu di segi preparedness dan readiness TDDB.

 

Baru-baru ini, TDDB telah mengeluarkan Arahan Pemerintah sebagai paksi untuk rancangan hadapan. Sayugia, Rancangan Strategik Perkembangan dan Penstrukturan Semula TDDB juga telah dikajisemula dan diberigakan sebagai haluan dan hasrat TDDB ke arah mendokong  wawasan Negara 2035. Sehubungan dengan itu, selanjutnya pihak-pihak yang dilantik akan membuat tindakan selanjutnya ke atas inisiatif-inisiatif yang tersenarai dalam Pelan Strategi ini mengikut garismasa-garismasa yang diarahkan. Dengan mengambil sukut baik Hari Ulang Tahun Tentera Darat pada hari ini, kita juga akan melancarkan Buku Land Force Doctrine dan Future Land Operating Concept yangmana akan menjadi panduan dan prinsip kepada Tentera Darat dalam menjalankan peranan dan tugas. Buku-buku ini juga antara bahan rujukan bagi Eksesais HIKMAT BERSATU 6 (HB 6) dan Eksesais SEMANGAT WAJA pada tahun depan. Justeru itu diharap semua pihak berkenaan akan dapat membuat persiapan bagi kedua-dua eksesais ini termasuklah melaksanakan eksesais awal di peringkat unit masing-masing.

 

Kita juga turut bebangga dan diucapkan tahniah dengan pencapaian cemerlang baru-baru ini oleh seorang pegawai dan seorang PTB Rendah kita di atas penganugerahan penuntut terbaik semasa berkursus baik di di luar Negara dan di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Insya Allah penyampaian sijil pujian dan kenaikkan pangkat kepada mereka akan diadakan sebentar lagi. Diharap ramai lagi anggota TDDB akan menjejaki kecemerlangan mereka ini demi mengharumkan nama TDDB dan Negara.

 

Alhamdulillah, sehingga kini tahun 2018 ini telah mencatat sejarah dengan tidak ada kesalahan disiplin Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti. Saya berharap ini akan berterusan dan kepada pihak pemimpin supaya tidak pangling mata dan terus mengungkayahkan tindakan dan inisiatif dalam mencapai hasrat TDDB bebas ancaman kesalahan-kesalahan disiplin.

 

Kita mestilah mengambil iktibar serta tindakan susulan terhadap kejadian-kejadian yang tidak diingini semasa tugas-tugas operasi dan rutin, seperti kes-kes kemalangan, pelangaraan keselamatan dan disiplin supaya tidak akan berulang.

 

Warga Tentera Darat Yang DiKasihi Sekalian,

Perutusan saya sempena Sambutah Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei bagi tahun ini antara lain menekan lagi Arahan Pemerintah yang saya keluarkan baru-baru ini.

 

Pertama sekali yang ingin saya tekankan, adalah di Sudut Sekuriti. Di dalam meraih keamanan dan kejayaan ini, kita mestilah waspada terhadap apajua ancaman. Acaman sekuriti kepada kita pada masa ini amat luas dan dipertingkatkan lagi dengan adanya kemudahan teknologi media yang semakin canggih dan sukar untuk dibendung. Walaupun penyalahgunaan dadah adalah satu ancaman besar, namun kita mestilah juga sentiasa waspada kepada ancaman-ancaman lain yang boleh menggugat keupyaan kepada TDDB.

 

Begitu juga halnya semua pegawai dan anggota mestilah peka kepada keselamatan operasi atau Operational Security dengan mengamalkan sikap berhemah dan berwaspada dalam penggunaan media sosial seperti telipon pintar, facebook, Instagram dan sebagainya bagi mengelakan penyebaran atau viral maklumat dan imej sensitif mahupun cerita palsu. Seiring dengan ini, Sel Perisikan dan Keselamatan Mrks TDDB bersama dengan pegawai-pegawai keselamatan unit haruslah bijak dalam memantau tindak-tanduk anggota untuk menjaga tatasusila sebagai anggota keselamatan yang diharapkan oleh Negara.

 

Para Pemimpin dan Warga  Tentera Darat  Yang Dihormati,

Perkara Kedua yang ingin saya sentuh adalah meningkatkan tahap Kesediaan Operasi (Operational Readiness) TDDB melalui penambahan keanggotaan, meningkatkan keupayaan dan kelengkapan serta memperkasa latihan untuk memperbaiki kecekapan profesionalisme. Ini termasuk mengkajisemula pengurusan Sistem Tugasan Am Mandatori (STAM) dan Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK). Di segi keupayaan, Kejuruteraan Darat diharap membuat pemeliharan secara bijaksana bagi aset-aset CVRT dan VAB menggunakan peruntukkan diberikan untuk mencapai sasaran jumlah CVRT Battleworthy dan VAB Serviceable dalam masa 6 bulan. Sementara inisiatif ini dilaksanakan, Kumpulan Focus Group yang dilantik bagi penggantian CVRT hendaklah membuat semua kertas kerja yang diperlukan sehingga mencapai endstate yang diperlukan. Dalam penjagaan kelengkapan, diingatkan semua anggota mestilah mempunyai budaya bertanggungjawab atau sense of belonging dalam penggunaan dan pengurusan kelengkapan bagi mengurangkan kerosakkan dan kos pemeliharaan.

 

Sementara dalam latihan pula, kita akan terus menambahkan latihan dan eksesais mengikut keperluan. Seperti yang saya maklumkan awal, ABDB akan melaksanakan Eksesais HIKMAT BERSATU 6 (HB6), sehubungan dengan itu Eksesais SEMANGAT WAJA peringkat TDDB akan dirancang sebagai persiapan kita bagi HB6. Adalah diharapkan pihak-pihak dilantik bagi pegendalian Eksesais SEMANGAT WAJA untuk menyiapkan konsep dan rangkamasa eksesais pada bulan Disember ini bagi pengurusan seterusnya yang lebih berkesan. Sayugia, saya berigakan negara akan menjadi tuan rumah AARM dan BISAM pada tahun 2020, dan sebagai persiapan AARM 2020, TDDB akan menghantar satu tim key personnel sebagai pemerhati pada AARM 2019 di Republik Indonesia. Justeru itu, perlantikan Pengerusi bagi AARM dan BISAM 2020 akan dimaklumkan sebelum penghujung tahun ini bagi pengurusan awal dapat dibuat. TDDB juga akan melanjutkan semula latihan-latihan dua-hala dengan Australia dan New Zealand yangmana telah lama tergendala.

 

Seterusnya, perkara ketiga yang hendak saya tegaskan adalah Tahap Kepimpinan Dan Pengurusan Efektif Dan Seimbang. Secara peribadi ini adalah kunci kepada kecemerlangan TDDB, kerana tanpa adanya kesempurnaan dan seimbangan dalam perkara ini boleh memincangkan organisasi kita. Kita perlu ingat tugas adalah amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaiknya dan adalah berdosa jika sembarana dikerjakan. Di sudut kepimpinan saya berharap setiap peringkat untuk bersikap proaktif, bertanggungjawab, tegas dan mengamalkan prinsip 'turun padang' bagi melihat dan menilai sendiri situasi sebenar. 

 

Tahap komptensi bagi sebilangan anggota TDDB perlu dipertingkatkan terutama sekali kepada yang memegang jawatan penjaga stor kerana masih banyak anggota tersenarai menunggu kursus. Oleh yang demikian, Sel Latihan Mrks TDDB bersama pemerintah unit dan ketua jabatan untuk bermuzakarah kerjasama dengan Institusi Latihan dan Akademi Pertahanan ABDB serta pusat kursus yang lain bagi menangani perkara ini termasuklah mengadakan kursus dalam unit atau in house.

 

Kepada Pemimpin-pemimpin atau Leaders supaya mengamalkan konsep 'Look, Listen and Learn' atau 3L. Pertama, Look atau lihat disini bermaksud para pemimpin mestilah tidak camah mata terhadap perkara-perkara yang perlu diambil tindakan dan perhatian termasuklah kebajikan anggota. Begitu juga halnya dengan Listen atau mendengar iaitu mengelinga permasalahan dan kekurangan yang disuarakan oleh anak buah dan juga teguran pihak atasan. Dan akhir sekali Learn atau belajar dengan sikap muhasabah terhadap kelemahan sendiri dan mengambil praktik terbaik daripada pihak-pihak yang berkemahiran bagi memperbaiki diri dan organisasi TDDB.

 

Dari sudut keagamaan dan kerohanian pula, saya berharap pada bulan Oktober 2019 sebagai sasaran penyerapan nilai-nilai agama dan kerohanian bagi semua anggota TDDB seperti kebolehan membaca Al-Quran dan mengerjakan ibadat-ibadat asas dengan baik. Manakala dari segi kesihatan, sayugia saya utarakan hasrat Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk menguatkuasakan dasar BMI, yangmana anggota-anggota yang mempunyai BMI terlalu tinggi dan gagal mengurangkannya dalam jangkamasa tertentu boleh diberhentikan atas dasar Perkhidmatan Tidak Lagi Diperlukan atau SNLR.

 

Akhirnya, sebagai anggota tentera yang berikrar taat setia menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara, kita harus ikhlas bersedia berkorban dengan sanggup 'Bejarih' dan 'Bekarih' sebelum 'Belurih' kejayaan yang dihasratkan dan seterusnya 'Meraih' atau menikmati pencapiaan ini, Insya Allah.

 

Warga Tentera Darat yang Saya Sanjungi,

Sebelum menutup perutusan ini, Saya dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota Tentera Darat di atas kesetiaan dan kejujuran serta pengorbanan dalam menjalankan tugas. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa Hari Ulang Tahun TDDB ke 57 di atas rancangan-rancangan yang telah diatur. Marilah kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah Subhana Wata'ala supaya Tentera Darat Draja Brunei akan terus berkembang maju, mencapai sasaran, sentiasa dalam keredhaan Allah Subhana Wa'atala serta terpelihara daripada kemudaratan, Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Sekian, Wabillah-hitaufiq Walhidayah Wassalamu Alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Wassalam.