Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF RESPONSE BY SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

TUTONG DISTRICT, Wednesday, 13 January 2021 – Second Battalion, Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) assisted in a natural disaster relief effort in Tutong District. Heavy rain downpour has caused flooding in lowland areas that left several residential areas and main roads inaccessible, particularly in around the areas of Kampung Layong, Kampung Rambai and Kampung Panchong.

2Bn RBLF relief efforts include manpower assistance and shuttle transportation assistance for local residents impacted by the disaster.

As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, RBLF will continue to work with District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies in providing assistance to the affected residents.



BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM

DAERAH TUTONG, Rabu, 13 Januari 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) terus memberikan bantuan bencana alam di Daerah Tutong. Keadaan hujan lebat lewat beberapa hari ini telah menyebabkan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan tempat kediaman dan menjejaskan sebahagian penghubung jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk kampung, terutamanya di persekitaran Kampung Layong. Kampung Rambai dan Kampung Panchong.

Dalam usahasama memainkan peranan, 2Bn TDDB telah memberikan bantuan tenaga manusia serta kemudahan pengangkutan bagi keperluan harian penduduk-penduduk kampung yang terjejas.

TDDB dengan kerjasama padu bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC) dan agensi-agensi lain yang terlibat akan sentiasa bersiap sedia dalam menghulurkan sebarang bantuan pada masyarakat awam terutamanya yang menghadapi musibah seperti masalah banjir apatah lagi pada ketika ini Negara Brunei Darussalam sedang menghadapi keadaan cuaca buruk dan tidak menentu.