Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SEMANGAT MUHIBBAH WITH ACTING TUTONG DISTRICT OFFICER, HEADS OF MUKIM, VILLAGES AND GOVERNMENT OFFICERS OF TUTONG DISTRICT IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE 59TH ANNIVERSARY

TUTONG CAMP, Wednesday, 13 January 2021– Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) and Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a Semangat Muhibbah event in conjunction with the RBLF's 59th anniversary for the District Officer, Head of Mukim, Head of Villages and Government Officers from Tutong District at the Officer's Mess, Tutong Camp.

Present as the guest of honour was Awang Ajmin bin Haji Meludin, Acting District Officer of Tutong District. Also present during the event were Heads of Mukim, Heads of Villages and Government Officers from Tutong District.

The event commenced with a muzakarah session at Blok Ilmu followed by a mass Zohor prayer at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp. Upon arrival at the Officer's Mess, a group photo session was held, followed with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip, Signal Officer of 2Bn RBLF and luncheon.

During the event, Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF delivered a speech which he highlighted the significance of the annual luncheon event hosted by RBLF as an effort to foster closer and stronger relationship between the stakeholders and how it plays a crucial role in maintaining the peace and security of the nation. He further emphasised His Majesty's Titah on the importance of the 'Whole of Nation Approach' to further enhance cooperation and the sharing of knowledge, information and experiences amongst stakeholders especially in an increasingly challenging security environment.

The invited guests were also presented with mementos by the Commanding Officer of Sp Bn RBLF and the Commanding Officer 2Bn RBLF, Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee. The event concluded with the signing of parchment by the guest of honour.




MAJLIS SEMANGAT MUHIBBAH BERSAMA PEGAWAI DAERAH, PENGHULU-PENGHULU MUKIM, KETUA-KETUA KAMPONG DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-59

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 13 Januari 2021 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bntu TDDB) dan Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Semangat Muhibbah sempena Hari Ulang Tahun TDDB (HUT TDDB) yang ke-59 bersama Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah Tutong bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan sesi muzakarah bertempat di Blok Ilmu dan diteruskan dengan Solat Fardhu Zohor berjemaah di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong. Acara diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama para jemputan sejurus tiba di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong. Sebelum menikmati jamuan makan tengahari, bacaan Surah Al-Fatihah telah dikepalai oleh Leftenan Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip, Pegawai Semboyan 2Bn TDDB.

Semasa majlis tersebut, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB telah menyampaikan ucapan yang mana beliau menekankan kepentingan majlis Semangat Muhibbah yang diungkayahkan setiap tahun ini merupakan sebuah landasan yang kukuh dalam merapatkan lagi hubungan erat dan silaturrahim di kalangan semua stakeholders. Melalui jalinan erat yang telah disemai sekian lama ini banyak menyumbang ke arah mempertahankan ketenteraman, sekuriti dan keamanan negara. Beliau juga mengongsikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan 'Whole of Nation Approach' bagi meningkatkan lagi kerjasama dan perkongsian pengetahuan, maklumat dan pengalaman di antara pihak berkepentingan terutamanya dalam persekitaran keselamatan yang semakin mencabar.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB dan Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB kepada para jemputan. Majlis diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan oleh tetamu kehormat.