Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMPANY DRILL AND PACE STICK DRILL COMPETITION FOR THE SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE 59TH ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 12 January 2021 – The Company Drill and Pace Stick Drill competition for Senior Non-Commissioned Officers was held today in conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 59th Anniversary at the First Battalion RBLF Parade Square in Berakas Garrison.

The competition will be held from 12 January until 13 January 2021. Five teams will participate in the competition consisting of teams from First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF, Third Battalion RBLF, Support Battalion RBLF and Combat Service Support RBLF.

The Company Drill Competition consists of three phases. The first phase of the competition is the Company Sergeant Quarter Master Drill, the second phase is the Company Sergeant Major Drill and the third phase is the Company's Commanding Officer Drill. The Pace Stick Drill competition will focus on group and individual drill.

The competition is an annual competition held in conjunction with RBLF's Anniversary. The Company Drills aims to enhance the quality of parade and drills command for RBLF officers while the Pace Stick Drills are for the Non-Commissioned officers represented from each Battalion in the RBLF. It also serves to strengthen teamwork amongst the RBLF personnel.




PERLAWANAN KAWAD KOMPENI DAN KAWAD TONGKAT BAGI PTB-PTB KANAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TDDB KE 59 TAHUN

BERAKAS GARISON, Selasa, 12 Januari 2021 – Pada hari ini, Perlawanan Kawad Kompeni dan Kawad Tongkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan telah diadakan sempena meraikan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) yang ke 59 tahun. Perlawanan tersebut telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison.

Perlawanan selama dua hari ini bermula pada 12 Januari 2021 hingga 13 Januari 2021 yang disertai oleh lima pasukan terdiri dari Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB, Batalion Ketiga TDDB, Batalion Bantu TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB.

Perlawanan Kawad Kompeni mengandungi tiga fasa iaitu fasa pertama adalah Kawad Kompeni Kuarter Master Sarjan, fasa kedua adalah Kawad Kompeni Sarjan Mejar dan fasa ketiga adalah Kawad Pegawai Memerintah Kompeni. Manakala, Perlawanan Kawad Tongkat hanya tertumpu kepada kawad berkumpulan dan kawad perseorangan sahaja.

Melalui perlawanan kawad yang sememangnya merupakan perlawanan tahunan sempena HUT TDDB, Kawad Kompeni adalah dihasratkan untuk mempertingkatkan lagi mutu kawalan dan hukuman semasa kawad yang dipimpin oleh Pegawai-pegawai TDDB dan Kawad Tongkat bagi PTB-PTB Kanan yang terlibat dari setiap batalion. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengukuhkan lagi semangat kerjasama berpasukan di kalangan anggota-anggota TDDB.