Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR ROYAL BRUNEI LAND FORCE HEADQUARTERS AND COMPANY HEADQUARTERS ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 12 January 2021 – A promotion ceremony for the Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and Company Headquarters, RBLF (Coy HQ RBLF) personnel was held today at two separate venues. The promotion ceremony for the Senior Ranks was held at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeants' Mess, Berakas Garrison whereas for Junior Ranks was held at Company Headquarters, RBLF.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Muhammad Aiman Syazwi bin Abd Rahim, Staff Officer Grade 1 Inspectorate RBLF. Also in attendance were officers, Senior Ranks and Junior Ranks of RBLF HQ and Coy HQ RBLF.

A total of eight personnel were promoted to Senior Ranks; one personnel was promoted to Sub Sergeant and seven were promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for Junior Ranks a total of 18 personnel were promoted; four were promoted to Sub Corporal, five promoted to Acting Corporal, five promoted to Sub Lance Corporal and four promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation by the guest of honour. The ceremony concluded with a photo session and closing doa.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA MARKAS TDDB DAN KOMPENI MARKAS TDDB

BERAKAS GARISON, Selasa, 12 Januari 2021 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah melangsungkan Majlis Kenaikan Pangkat pada hari ini bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Berakas Garison, manakala bagi PTB Rendah diadakan di Kompeni Markas TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Muhammad Aiman Syazwi bin Abd Rahim, Pegawai Turus Inspektorat TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai -pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB-PTB Kanan adalah seramai lapan anggota iaitu seorang anggota ke pangkat Sarjan Tetap dan tujuh anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Seterusnya, kenaikan pangkat bagi PTB Rendah ialah seramai 18 anggota iaitu empat anggota ke pangkat Koperal Tetap, lima anggota ke pangkat Pemangku Koperal, lima anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap dan empat anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan lagi dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan bacaan doa penutup.