Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL

TUTONG CAMP, Monday, 11 January 2021 – A promotion ceremony for Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) personnel was held at two different venues. The promotion ceremony for the Senior Ranks was held at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeants' Mess of 2Bn RBLF while for Junior Ranks was held at the Corporal Club 2Bn RBLF.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also present at the ceremony were officers, Senior Ranks and Junior Ranks of 2Bn RBLF.

A total of four personnel were promoted to Senior Ranks; two were promoted to Sub Sergeant and two were promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, a total of 22 personnel were promoted for Junior Ranks; four were promoted to Sub Corporal, five personnel promoted to Acting Corporal, six personnel promoted to Sub Lance Corporal and seven personnel promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony started with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation by the guest of honour. The ceremony ended with the recital of doa selamat and a photo session.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 11 Januari 2021 - Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat di dua tempat berasingan bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan 2Bn TDDB dan bagi PTB-PTB Rendah telah dilaksanakan di Kelab Koperal 2Bn TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah 2Bn TDDB.

Seramai empat PTB-PTB Kanan telah menerima pangkat iaitu dua anggota ke pangkat Sarjan Tetap dan dua anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Sementara itu, bagi kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah ialah seramai 22 anggota iaitu empat anggota ke pangkat Koperal Tetap, lima anggota ke pangkat Pemangku Koperal, enam anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap dan tujuh anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan lagi dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.