Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR PERSONNEL OF FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Monday, 11 January 2021 – A promotion ceremony for First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) personnel took place at two separate venues. The promotion ceremony for the Senior Ranks was held at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeants' Mess, Berakas Garrison whereas for Junior Ranks was held at the Cookhouse 1Bn RBLF, Berakas Garrison. 

Present as the guest of honour was Major Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF. Also present at the ceremony were officers, Senior Ranks and Junior Ranks of 1Bn RBLF.

A total of 11 personnel were promoted to Senior Ranks; four were promoted to Sergeant and seven were promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for Junior Ranks a total of 53 personnel were promoted; three were promoted to Sub Corporal, 14 promoted to Acting Corporal, 13 promoted to Sub Lance Corporal and 23 promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation by the guest of honour and the recitation of doa selamat. The ceremony concluded with a photo session and signing of parchment.

 


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Isnin 11, Januari 2021 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat di dua tempat berasingan iaitu Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Berakas Garison, manakala bagi PTB-PTB Rendah diadakan di Dewan Makan 1Bn TDDB, Berakas Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah 1Bn TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB-PTB Kanan adalah seramai 11 anggota iaitu empat anggota ke pangkat Sarjan Tetap dan tujuh anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Seterusnya, kenaikan pangkat bagi 53 anggota PTB-PTB Rendah iaitu tiga anggota ke pangkat Pemangku Koperal, 14 anggota ke pangkat Koperal, 13 anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap dan 23 anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat dan bacaan doa selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.