Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND MINISTER OF DEFENCE WORKING VISIT TO PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Thursday, 19 November 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Second Minister of Defence made a working visit to First Battalion Operation Site in Pulau Baru-Baru.

Delegations of the Second Minister of Defence were welcomed by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Force. Also present was Pg Dr Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pg Haji Mohd Yunus, Deputy Permanent Secretary (Policy and Development) Ministry of Defence, Chief of Staff of the Royal Brunei Land Force, Senior Officers and Officers of the Royal Brunei Land Force.

The visit commenced with welcoming remarks by the Commander of the Royal Brunei Land Force and followed by an executive operations brief delivered by Major Haji Md Faizi bin Haji Tarif, Officer Commanding of Company E, First Battalion Royal Brunei Land Force followed by a visit around Pulau Baru-Baru Standby Platoon Facilities. The event then proceed to Masjid Pulau Baru-Baru for a Recitation of zikir and Tazkirah delivered by Lance Corporal Md Aimaduddin bin Mohammad before performing with the Asr Prayer. The event then continued with refreshments served at the Dining Hall and concluded with a group photo session.



LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Khamis, 19 November 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah membuat lawatan kerja ke Kawasan Operasi Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei di Pulau Baru-Baru.

Rombongan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah disambut oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir semasa lawatan adalah Pg Dr Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pg Haji Mohd Yunus, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Tentera Darat Diraja Brunei.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan diteruskan dengan penyampaian taklimat operasi yang disampaikan oleh Mejar Haji Md Faizi bin Haji Tarif, Pegawai Memerintah Kompeni E Tentera Darat Diraja Brunei. Lawatan seterusnya dibuat ke fasiliti-fasiliti Platun Bertugas Pulau Baru-baru. Acara diteruskan di Masjid Pulau Baru-Baru dengan bacaan zikir dan penyampaian Tazkirah disampaikan oleh Lans Kopral Md Aimaduddin bin Mohammad, anggota bertugas dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebelum melaksanakan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah. Seterusnya, rombongan dibawa bagi Jamuan ringan di Dewan Makan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.