Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
‘SEMANGAT MUHIBBAH’ EVENT WITH BRUNEI MUARA’S DISTRICT OFFICER, HEAD OF MUKIM DAN HEAD OF VILLAGES IN CONJUNCTION WITH THE 59TH ANNIVERSARY OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Thursday, 19 November 2020 – First Battalion Royal Brunei Land Force hosted 'Semangat Muhibbah' Event with District Officer, Penghulu Mukim and Village Heads of Brunei Muara Districts at Berakas Garrison's Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants' Mess in conjunction with the Royal Brunei Land Force's 59th anniversary.

Present as the guest of honour was Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Brunei Muara's District Officer. The event started with a welcoming speech and followed by an executive brief on the role and tasks of First Battalion of the Royal Brunei Land Force from the Commanding Officer. The event continued with photo session, demonstration infantry equipment and weapons. This was followed with lunch and concluded with signing of parchment and gift presentation to the Guest of Honour.

This event is organised as a token of appreciation and to honour the District Officer, Head of Mukim and Head of Villages for their unwavering commitment and effort as well as cooperation that have been established and ongoing through the years. 



MAJLIS SEMANGAT MUHIBBAH BERSAMA PEGAWAI DAERAH, PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPONG DAERAH BRUNEI-MUARA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 59

BERAKAS GARISON, Khamis, 19 November 2020 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Semangat Muhibbah bersama Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampong Daerah Brunei-Muara di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Berakas Garison sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei yang ke 59 tahun.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei Muara. Majlis dimulakan dengan kata aluan-aluan dan diikuti dengan Taklimat Penugasan Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei dari Pegawai Pemerintah. Majlis disusuli dengan bergambar ramai, sesi pertunjukkan peralatan dan senjata infantri, menikmati jamuan tengah hari dan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan serta penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis ini dikendalikan sebagai satu tanda penghargaan dan penghormatan kepada Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Brunei-Muara di atas komitmen dan usaha, muafakat serta kerjasama yang sangat baik yang telah lama terjalin dan sentiasa berterusan.