Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE RECEIVES THE VISIT OF THE AMBASSADOR OF THE SULTANATE OF OMAN TO BRUNEI DARUSSALAM

PENANJONG GARRISON, Thursday, 19 November 2020 – The Support Battalion Royal Brunei Land Force received a visit by His Excellency Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Embassy of the Sultanate of Oman to Brunei Darussalam to the unit today at Penanjong Garrison. Present at the visit was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force.

As part of his programme, His Excellency Sheikh Ahmad bin Hashil bin Rashid Al-Maskari and  delegation were briefed on the organisation with particular focus on the Armoured Reconnaissance Squadron. During the visit, His Excellency and delegation were presented with a static display of equipment and had an opportunity to experience a ride on a CVR(T) Scorpion.

The visit underscores the close defence ties between Brunei Darussalam and the Sultanate of Oman since the establishment of diplomatic relations between the two countries on 24 March 1984.



BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA LAWATAN DUTA BESAR OMAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENANJONG GARISON, Khamis, 19 November 2020 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja telah menerima lawatan dari Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam ke unit tersebut pada hari ini di Penanjong Garison. Hadir semasa lawatan tersebut ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei.

Atucara lawatan Tuan Yang Terutama dan delegasi dimulai dengan sesi taklimat organisasi yang memfokuskan kepada Skuadron Kereta Perisai Peninjau. Semasa lawatan tersebut, Tuan Yang Terutama dan delegasi berkesempatan untuk menyaksikan pameran statik dan berpeluang untuk menaiki kenderaan CVR(T) Scorpion.

Lawatan kerja ini menunjukkan hubungan pertahanan yang erat di antara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman sejak tertubuhnya hubungan diplomatik di antara kedua buah negara pada 24 Mac 1984.