Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF HOLDS ‘JALINAN KASIH’ IN CONJUNCTION WITH THE 59TH ANNIVERSARY OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 16 November 2020 – In conjunction with the 59th Anniversary of the Royal Brunei Land Force (RBLF), RBLF conducted Charitable Donation Activity to orphans and special children called Jalinan Kasih. A total 121 recipients from 82 families of RBLF personnel and former personnel of RBLF received donations from 12 to 16 November 2020.

The Jalinan Kasih delegation to handover donations to the recipient's residence lead by the Senior Officers and Officer of RBLF that have been entrusted. Upon arrival at the recipient's residence, the ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, continued with the presentation of donations and ended with the recitation of Doa Selamat by staff of JAMA'AT RBAF.

Jalinan Kasih held this year as a concern for orphans and special children of RBLF personnel and former personnel of RBLF, in addition as remembrance of the personnel that have passed away. The donation presented is the result of collection from the contribution of RBLF Welfare Fund and KOWIRA.



JALINAN KASIH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-59 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 November 2020 – Bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang ke-59, TDDB telah mengadakan aktiviti berkebajikan menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan anak-anak istimewa yang dinamakan Jalinan Kasih. Seramai 121 penerima dari 82 buah keluarga anggota TDDB dan bekas anggota TDDB telah menerima sumbangan bermula dari 12 hingga 16 November 2020.

Rombongan Jalinan Kasih untuk menyampaikan sumbangan ke kediaman penerima diketuai oleh Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai TDDB yang telah diamanahkan. Sebaik sahaja tiba di kediaman penerima, acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan penyerahan sumbangan ikhlas dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh anggota JAMA'AT Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Jalinan Kasih TDDB yang diungkayahkan pada tahun ini adalah bertujuan sebagai keperihatinan terhadap anak-anak yatim dan anak-anak istimewa dari warga anggota dan mantan anggota TDDB disamping mengenang jasa anggota yang telah meninggal dunia. Sumbangan yang disampaikan tersebut adalah merupakan hasil kutipan daripada sumbangan Dana TDDB dan Koperasi ABDB (KOWIRA).