Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND MINISTER OF DEFENCE GRACES DIKIR MAULUD CELEBRATION AT LUMUT CAMP

LUMUT CAMP, Friday, 23 October 2020 – The Maulidur Rasul celebration at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp tonight was graced by the presence of Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and delegation. He was accompanied by Deputy Permanent Secretaries as well as senior officers from the Ministry of Defence.

The arrival of Yang Berhormat Second Minister of Defence and delegation was received by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), the Chief of Staff of RBLF and Commanding Officer of Third Battalion RBLF. The ceremony commenced after the Maghrib Prayer with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by Dikir Syarafil Anam. The event concluded with Dikir Marhaban and closing doa after the Isya' Prayer.



KEHADIRAN MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENYERIKAN MAJLIS DIKIR MAULUD DI PERKHEMAHAN LUMUT

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 23 Oktober 2020 – Majlis Dikir Maulud di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut malam ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan.

Kehadiran Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan rombongan disambut oleh Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Ketua Staf TDDB dan Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib, diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban dan doa penutup selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.