Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBN ATTENDS DIKIR MAULUD AT SURAU AL-FAI’ZUN, BERAKAS GARISON

BERAKAS GARRISON, Thursday, 22 October 2020 - The 12-night Dikir Maulud continued to be held in the country in conjunction with the Maulidur Rasul celebration for the year 1442H. Today, a delegation from the Royal Brunei Navy attended Dikir Maulud at Surau Al-Fa'izun Berakas Garrison. The delegation was led by First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili@ Suhaily, Commander of RBN. Also  in attendance were Fleet Commander, Commandant of Support Services, officers and RBN personnel.

Upon arrival, the Commander of RBN and delegation was received by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Acting Commandant of Combat Service Support (CSS) RBLF, Chief Dental Officer and officers from the RBLF Headquarters and CSS RBLF. The ceremony commenced with the reading of Surah Al-Fatihah after a mass Maghrib prayers, followed by Dikir Syarafil Anam, Dikir Marhaban and concluded with closing doa after a mass Isyak prayers.


TLDB HADIRI DIKIR MAULUD DI SURAU AL-FAI'ZUN, BERAKAS GARISON

BERAKAS GARISON, Khamis, 22 Oktober 2020 – Dikir Maulud selama 12 malam berturut-turut terus disemarakkan di negara ini bersempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1442H. Pada hari ini, rombongan dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menghadiri Dikir Maulud bertempat di Surau Al-Fa'izun Berakas Garison yang mana rombongan tersebut diketuai oleh Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili@ Suhaily, Pemerintah TLDB. Turut hadir ialah Pemerintah Armada, Komandan Perkhidmatan Bantu, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TLDB dalam memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Sejurus ketibaan, Pemerintah TLDB dan rombongan disambut oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB, Ketua Pegawai Pergigian serta pegawai dari Markas TDDB dan KBK TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Dikir Syarafil Anam, Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan doa penutup setelah selesai menunaikan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.