Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
MINISTRY OF DEFENCE DELEGATION ATTENDS DIKIR MAULUD AT TUTONG CAMP

TUTONG CAMP, Tuesday, 20 October 2020  In conjunction with the Maulidur Rasul celebration for the year 1442H, a delegation from the Ministry of Defence attended Dikir Maulud at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp tonight. The delegation was led by the Second Minister of Defence of Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Also present were Permanent Secretary Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries as well as senior officers from the Ministry of Defence.

The arrival of Yang Berhormat Second Minister of Defence and delegation was received by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Deputy Commander of RBLF and Commanding Officer of 2Bn RBLF. The ceremony commenced after the Maghrib Prayer with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by Dikir Syarafil Anam. The event concluded with Dikir Marhaban and closing doa after the Isyak Prayer.




DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI ACARA DIKIR MAULUD DI PERKHEMAHAN TUTONG

PERKHEMAHAN TUTONG, Selasa, 20 Oktober 2020 – Rombongan Kementerian Pertahanan menghadiri acara Dikir Maulud sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong malam ini. Rombongan diketuai oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan.

Kehadiran Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan rombongan disambut oleh Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Timbalan Pemerintah TDDB dan Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib, diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban dan doa penutup selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak.