Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS (SNCO) OF FIRST BATTALION ROYAL BRUNEL LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Monday, 12 October, 2020 – First Battalion, Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a Promotion Ceremony for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) of 1Bn RBLF at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeants' Mess, Berakas Garrison.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Commanding Officer of 1Bn RBLF. Also in attendance were Officers, Sergeant Major and other SNCO of 1Bn RBLF.

A total of nine personnel were promoted to Senior Ranks with four personnel promoted to Acting Staff Sergeant and five personnel promoted to Acting Sergeant. The ceremony started with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by rank presentation by the guest of honour. The ceremony concluded with the recital of the closing doa, photo session and a signing of parchment. 


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Isnin, 12 Oktober 2020 – Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan 1Bn TDDB bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir bagi meraikan majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Rejimen dan PTB-PTB Kanan 1Bn TDDB.

Anggota-anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai sembilan anggota iaitu empat  anggota ke pangkat Pemangku Staf Sarjan dan lima anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup, sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.