Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
10 SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS (SNCO) OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE HEADQUARTERS AND COMPANY HEADQUARTERS PROMOTED

BERAKAS GARRISON, Thursday, 15 October 2020 – A total of 10 Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) of the Royal Brunei Land Force Headquarters and Company Headquarters Royal Brunei Land Force (RBLF) were promoted today at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. Six personnel promoted to Sergeant, three promoted to Acting Sergeant and one was promoted to Acting Staff Sergeant.  

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Kamrin bin Haji Damit, Assistant Chief of Staff Intelligence and Security, RBLF. The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Mohammad Fauzi bin Mustapha, followed by the promotion ceremony, photo session, signing of parchment and ended with the recital of the closing doa.

The ceremony were attended by Officer in Command of Company Headquarters Royal Brunei Land Force, Officers, Sergeant Majors and other SNCO of RBLF.  


10 PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN MARKAS TDDB DAN KOMPENI MARKAS TDDB DINAIKKAN PANGKAT

BERAKAS GARISON, Khamis, 15 Oktober 2020 – Seramai 10 Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bagi anggota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah dinaikkan pangkat pada hari ini yang telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Enam anggota dinaikkan pangkat ke Sarjan Tetap, tiga anggota ke pangkat Pemangku Sarjan dan seorang anggota ke pangkat Pemangku Staf Sarjan. 

Hadir selaku tetamu kehormat adalah Leftenan Kolonel Kamrin bin Haji Damit, Penolong Ketua Staf Perisikan dan Keselamatan, Tentera Darat Diraja Brunei.  Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sarjan Mohammad Fauzi bin Mustapha dan diteruskan lagi dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat, sesi bergambar ramai, penandatanganan lembaran kenangan dan diakhiri dengan bacaan doa penutup.

Juga hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah Kompeni Markas TDDB, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar - Sarjan Mejar serta PTB - PTB TDDB.