Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL

TUTONG CAMP, Monday, 12 October 2020 – A promotion ceremony for Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) personnel took place at two separate venues. The promotion ceremony for the Senior Ranks was held at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeants' Mess of 2Bn RBLF whereas for Junior Ranks was held at the Corporal Club 2Bn RBLF.

A total of three personnel were promoted for Senior Ranks; two promoted to Sub Sergeant and one was promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for Junior Ranks, one was promoted to Sub Corporal, eight promoted to Acting Corporal, six promoted to Sub Lance Corporal and six promoted to Acting Lance Corporal.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of the 2Bn RBLF. Also present at the ceremony were Officers, Senior Ranks and Junior Ranks of 2Bn RBLF. The ceremony started with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation by the guest of honour and the recital of doa selamat. The ceremony concluded with a photo taking session.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 12 Oktober 2020 – Majlis Kenaikan Pangkat bagi anggota-anggota Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah berlangsung di dua tempat berasingan iaitu Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan 2Bn TDDB, manakala bagi PTB-PTB Rendah diadakan di Kelab Koperal 2Bn TDDB.

Jumlah keseluruhan yang dinaikkan pangkat bagi PTB-PTB Kanan adalah seramai tiga anggota iaitu dua anggota ke pangkat Sarjan Tetap dan seorang anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Seterusnya, kenaikan pangkat bagi PTB-PTB Rendah iaitu seorang anggota ke pangkat Koperal Tetap, lapan anggota ke pangkat Pemangku Koperal, enam anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap dan enam anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah 2Bn TDDB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat dan bacaan doa selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.