Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
REGIMENTAL DINNER NIGHT FOR OUTGOING COMMANDING OFFICER OF SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

PENANJONG GARRISON, Friday, 09 October 2020 – The Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held a Regimental Dinner Night in conjunction with the handing over appointment of Commanding Officer Sp Bn RBLF at Penanjong Garrison Officers' Mess. The event was celebrated with full military regimental custom with 37 Sp Bn RBLF officers and spouses.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, outgoing Commanding Officer of Sp Bn RBLF. The ceremony commenced with a photo taking session and continued with an appreciation  speech delivered by Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF, a presentation of mementos as a token of appreciation and concluded with the signing of parchment.

The Regimental Dinner Night was organised to honour and appreciate the outgoing Commanding Officer of Sp Bn RBLF for his contribution throughout his service in Sp Bn RBLF. It also acts as a platform to further strengthen the camaraderie among the officers and the upholding of military traditions. 



MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BAGI MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Jumaat, 09 Oktober 2020 - Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bntu TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena pertukaran Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis makan malam yang penuh dengan adat ketenteraan tersebut turut dihadiri oleh seramai 37 orang pegawai dari Bn Bntu TDDB dan pasangan masing-masing.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, mantan Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB. Acara dimulakan dengan sesi begambar ramai dan diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB, penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan dan majlis diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.

Majlis Makan Malam Beradat ini diungkayahkan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada mantan Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB di sepanjang beliau memerintah di Bn Bntu TDDB. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan setiakawan di antara pegawai-pegawai Bn Bntu TDDB disamping mengekalkan tradisi ketenteraan.