Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS (SNCO) OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE HEADQUARTERS AND COMPANY HEADQUARTERS

BERAKAS GARRISON, Friday, 09 October 2020 – A promotion ceremony for Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) of the Royal Brunei Land Force Headquarters and Company Headquarters Royal Brunei Land Force (RBLF) was held today at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants' Mess, Berakas Garrison.  Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Mohd Errahiman bin Haji Tahir, Assistant Chief of Staff  Communication (G6) RBLF. Also present at the ceremony were Senior Officers, Officers, Sergeant Majors and other SNCO of Royal Brunei Land Force.

A total of 30 personnel were promoted to Senior Ranks with three personnel promoted to Staff Sergeant, 10 personnel promoted to Acting Staff Sergeant, one personnel promoted to Sergeant and 16 personnel promoted to Acting Sergeant.  The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Ampuan Md Khairul Anuar bin Ampuan Mohammad, followed by rank presentation by the guest of honour.  The ceremony  concluded with a photo session, a signing of parchment and the recital of the closing doa.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN MARKAS TDDB DAN KOMPENI MARKAS TDDB

BERAKAS GARISON, Jumaat, 09 Oktober 2020 – Majlis Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan bagi anggota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah berlangsung pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.  Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohd Errahiman bin Haji Tahir, Penolong Ketua Staf Perhubungan (G6) TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Sarjan Mejar-Sarjan Mejar serta PTB-PTB Kanan TDDB.

Seramai 30 anggota telah dinaikkan pangkat iaitu tiga anggota ke pangkat Staf Sarjan Tetap, 10 anggota ke pangkat Pemangku Staf Sarjan, seorang anggota ke pangkat Sarjan Tetap dan 16 anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Sarjan Ampuan Md Khairul Anuar bin Ampuan Mohammad dan diteruskan dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat. Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai, penandatanganan lembaran kenangan dan bacaan doa penutup.