Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
HANDOVER CEREMONY FOR NEWLY APPOINTED COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Thursday, 30 July 2020 –  The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a handover ceremony this morning between its outgoing Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh and the incoming Commander, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.

Also in attendance were Deputy Commander of RBLF, Acting Commandant of Combat Service Support RBLF, senior officers, officers, Land Forces Sergeant Major and RBLF personnel.

The ceremony started with the recitation of Surah Al-Fatihah and followed by speech from the outgoing Commander of RBLF. It continued with the signing of the Handing Over Certificate and also the handing over of Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB between Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh and Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, marking the official handing over of the Commander of RBLF place of duty. As a newly appointed Commander of RBLF, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan also delivered his inaugural speech as the 11th Commander of RBLF.

After photo taking session which was held at Officer's Mess Berakas Garrison, this event continued with presentation of mementos to Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. The ceremony concluded with a Closing Doa led by Lieutenant Mohammad Farid bin Mohammad Raffi, Officer from RBAF Religious Department (JAMAAT) and the signing of parchment.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 30 Julai 2020 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas pada pagi ini di antara Mantan Pemerintah TDDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dan Pemerintah TDDB yang baru iaitu Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei dan anggota-anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TDDB. Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB serta penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB di antara Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dengan Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah TDDB secara rasminya. Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan turut menyampaikan ucapan selaku  Pemerintah TDDB yang baru dan Pemerintah TDDB yang ke 11.

Selepas sesi bergambar ramai yang diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. Majlis ini diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Farid bin Mohammad Raffi, Pegawai dari Jabatan Agama ABDB (JAMAAT) dan penandatanganan lembaran kenangan.