Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF COMMANDER FAREWELL VISIT TO COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 28 July 2020 - Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) hosted a farewell visit for the outgoing Commander of the Royal Brunei Land Force at the Ibnu Sina Lecture Hall, Medical Reception Station, Bolkiah Garrison. Upon arrival, the ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by 15521 SSgt (U) Mohammad Shahrin bin Hj Sarpudin, a representative of JAMA'AT. The ceremony continued with an opening speech from Colonel (Dr) Hj Awg Mohamed Hafizul bin Hj Awg Mohammed Hassan, Act Comdt of CSS RBLF.

As the Guest of Honour and the outgoing 10th Commander of the RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh expressed his utmost gratitude towards all members of the CSS RBLF for their support throughout his service. The event was followed with presentation of mementos as a whole from CSS RBLF and its sub units, as a token of appreciation. The event was concluded with the signing of the parchment and a group photo.

Also in attendance were officers and personnel from CSS RBLF. This farewell visit is a culture RBAF practices before the Commander leaves his post and a way of expressing appreciation of the leadership he has brought to the organization.




KUNJUNGAN PERPISAHAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Selasa 28 Julai 2020 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang telah berlangsung di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Sejurus tiba, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 15521 SSjn (U) Mohammad Shahrin bin Hj Sarpudin, anggota dari Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT). Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Kolonel (Dr) Hj Awg Mohammed Hafizul bin Hj Awg Mohammed Hassan, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei.

Selaku Tetamu Kehormat, Pemerintah TDDB yang ke 10, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menzahirkan rasa kesyukuran kepada semua anggota KBK TDDB atas sokongan padu yang diberikan di sepanjang beliau berkhidmat di dalam ABDB. Acara juga diteruskan dengan bacaan Doa dan penyampaian cenderahati-cenderahati kenangan daripada Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei dan Sub-Sub Unit Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei sebagai tanda ingatan. Selepas menikmati jamuan, acara diteruskan dengan penandatanganan Lembaran Kenangan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Kunjungan perpisahan ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah KBK TDDB, ia merupakan budaya ABDB yang dipraktikkan sebelum Pemerintah mengakhiri tugasan beliau, dan sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa penghargaan terhadap daya kepimpinan beliau di dalam organisasi ABDB.