Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF COMMANDER FAREWELL VISIT TO ROYAL BRUNEI LAND FORCE HEADQUARTERS

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 29 July 2020 – Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and Company Headquarters Royal Brunei Land Force (HQ Coy RBLF) hosted a farewell visit for the outgoing Commander of the Royal Brunei Land Force at RBLF HQ, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF). Also in attendance were Chief of Staff RBLF, officers, personnel and Civilian staffs from RBLF HQ and HQ Coy RBLF.

Upon arrival, the ceremony commenced with the honorary salute to the Guest of Honour, with the parade comprising of personnel from the RBLF HQ and HQ Coy RBLF, led by Major Hj Hazimin bin Hj Abdullah, and followed with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Major Pg Khairuddin bin Pg Hj Tali, Staff Officer Grade 2 of Inspectorate Unit RBLF.

The ceremony continued with a heartfelt farewell speech delivered from Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff RBLF and also the Commander of the RBLF's speech which he felt blissful and thankful to serve RBAF for 31 years in service and he also expressed his utmost gratitude towards all members of the RBLF for their continuous support throughout his service. The event was followed with presentation of mementos as a whole from RBLF HQ and HQ Coy RBLF as a token of appreciation. The event was then concluded with the signing of the parchment by the Commander of RBLF.




LAWATAN PERPISAHAN PEMERINTAH TDDB KE MARKAS

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Selasa, 29 Julai 2020  –  Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Mrks TDDB) dan Kompeni Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Komp Mrks TDDB) telah menghoskan lawatan perpisahan bagi Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Mrks TDDB), Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, pegawai-pegawai, anggota-anggota tentera dan kakitangan awam Markas TDDB dan Komp Markas TDDB.

Sejurus ketibaan, majlis dimulakan dengan tabik hormat kepada Tetamu Kehormat, yang mana Perbarisan Kawalan Kehormatan adalah terdiri daripada anggota Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB yang diketuai oleh Mejar Hj Hazimin bin Hj Abdullah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mejar Pg Khairuddin bin Pg Hj Tali, Timbalan Pegawai Turus Unit Inspektorat TDDB.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf TDDB dan juga ucapan daripada Pemerintah TDDB yang mana beliau telah menzahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan kerana telah berkhidmat di dalam ABDB selama 31 tahun serta beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota TDDB atas sokongan padu yang telah diberikan di sepanjang beliau berkhidmat di dalam ABDB. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati-cenderahati kenangan daripada Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB sebagai tanda ingatan. Pada akhirnya, majlis disudahi dengan penandatanganan lembaran kenangan oleh Pemerintah TDDB.