Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF COMMANDER FAREWELL VISIT TO SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

TUTONG CAMP, Wednesday, 22 July 2020 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) hosted a farewell visit for the outgoing Commander of the Royal Brunei Land Force at the Ar-Rizq Cook House, Tutong Camp. 

Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force. Also in attendance were officers and personnel from 2Bn RBLF.

Upon arrival, the ceremony began of a group photo with the Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and followed by the recitation of Surah Al-Fatihah led by 19595 Cpl Mohammad Hafiy bin Mohammad Ariffin, a representative of JAMA'AT.

The ceremony continued with an opening speech from Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF. As the Guest of Honour and the outgoing 10th Commander of the RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh expressed his utmost gratitude towards all members of the RBLF for their support throughout his service. The event was followed with presentation of mementos from the Corporal Club, Warrant Officer's Mess as well as the Officer's Mess of 2Bn RBLF as a token of appreciation. The event at the Ar-Rizq Cook House concluded with the signing of the parchment.

The Commander of the RBLF was then ushered to the Assault Pioneer Platoon where he officiated the opening of the new library (Bilik Sumber Seri Pahlawan, Blok Ilmu). A guard of honour was arranged along the Company lines leading to Alpha Company where it was also then known as Echo Company when the Commander of the RBLF served as the Platoon Commander. A tree planting ceremony was held in front of Alpha Company to commemorate the Commander of the RBLF's achievements during his time as a Platoon Commander in 2Bn RBLF.

This farewell visit is a culture RBAF practices before the Commander leaves his post and a way of expressing appreciation of the leadership he has brought to the organization.





KUNJUNGAN PERPISAHAN PEMERINTAH TDDB KE BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 22 Julai 2020 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menghoskan kunjungan perpisahan bagi Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Rumah Masak Ar-Rizq, Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB.

Sejurus tiba, acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama Pemerintah TDDB dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 19595 Kpl Md Hafiy bin Arrifin, anggota dari JAMA'AT.

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Sebagai Tetamu Kehormat dan Pemerintah TDDB yang ke 10, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menzahirkan rasa kesyukuran kepada semua anggota TDDB atas sokongan padu yang diberikan di sepanjang beliau berkhidmat di dalam ABDB. Acara juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan daripada Kelab Koperal, Mes Pegawai Waran dan Mes Pegawai 2Bn TDDB sebagai tanda ingatan. Acara diakhiri dengan penandatanganan Lembaran Kenangan bertempat di Rumah Masak Ar-Rizq.

Pemerintah TDDB kemudian diiringi ke Assault Pioneer Platoon bagi merasmikan pembukaan Bilik Sumber Seri Pahlawan, Blok Ilmu. Perbarisan Kawalan Kehormatan  telah disusun dengan melintasi Kompeni-Kompeni 2Bn menuju ke Kompeni A yang mana pada masa ini dikenali sebagai Kompeni E iaitu semasa Pemerintah TDDB bertugas sebagai Ketua Platun di 2Bn TDDB. Majlis penanaman pokok juga diadakan berhadapan dengan Kompeni A bagi memperingati pencapaian Pemerintah TDDB semasa menjadi Ketua Platun di 2Bn TDDB.

Kunjungan Perpisahan ini merupakan budaya ABDB yang dipraktikkan sebelum Pemerintah mengakhiri tugasan beliau, dan sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa penghargaan terhadap daya kepimpinan beliau di dalam organisasi ABDB.