Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDING OFFICER OF THE THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS SESSION WITH THE PERSONNEL OF INTAKE 165

LUMUT CAMP, Wednesday, 01 April 2020 - Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) conducted a session with the personnel of Intake 165 at the Pipes and Band Auditorium. There were 2 sessions conducted in the morning: a session with the Commanding Officer 3Bn RBLF and another with Regimental Sergeant Major, WO1 Muhd Firdaus Bin Hj Muhd Said.

Upon arrival, the Commanding Officer 3Bn RBLF was received by Lieutenant Abu Hurairah bin Haji Mohd Salleh, Second-in-command of Bravo Company 3Bn RBLF. The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah.

During the session, the Commanding Officer 3Bn emphasised that all personnel must maintain a consistent level of physical and fitness. In addition to that, he also reminded them to implement a high level of professionalism as well as discipline.

The Commanding Officer 3Bn also stated that the level of security and discipline is very important and must be practiced at all times. He also reminded them to be smart with choices they make and to maintain the spirit of teamwork. The session concluded with the recital of prayers.

 

SESI PERJUMPAAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA ANGGOTA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI PENGAMBILAN YANG KE 165

PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 01 April 2020 - Sesi perjumpaan Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) bersama anggota-anggota TDDB pengambilan yang ke-165 telah diadakan di Dewan Platun Serunai dan Tambur, Perkhemahan Lumut. Sesi perjumpaan pada pagi tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi bersama Yang Mulia Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB dan Yang Mulia Sarjan Mejar Rejimen 3Bn TDDB, PW1 Muhd Firdaus Bin Hj Muhd Said.

Sejurus tiba, Yang Mulia Pegawai Pemerintah 3Bn disambut oleh Yang Mulia Leftenan Abu Hurairah bin Haji Mohd Salleh, Penolong Pegawai Memerintah Kompeni Bravo 3Bn TDDB. Sesi perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Dalam sesi beliau, Yang Mulia Pegawai Pemerintah 3Bn beliau mengingatkan anggota Pengambilan Ke-165 bahawa mereka perlu mengekalkan tahap mental dan fizikal yang mantap dan konsisten. Disamping itu juga perlu adanya sifat professional dan berdisiplin yang tinggi.

Yang Mulia Pegawai Pemerintah 3Bn juga menekankan pentingnya untuk memastikan tahap sekuriti dan disiplin adalah sangat penting dan harus dijaga pada setiap masa. Yang Mulia Pegawai Pemerintah 3Bn juga menegaskan untuk tidak menyalahgunaan media sosial untuk tujuan-tujuan yang tertentu dan anggota-anggota juga perlu bijak dengan pilihan yang dipilih dan mengekalkan semangat satu pasukan dan tidak sekali kali membuat perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri sekaligus mencemarkan imej organisasi.Sesi perjumpaan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa penutup.