Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
REGIMENTAL MESS DINNER FOR DINING IN AND OUT FOR SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICERS

PENANJONG GARRISON, Friday, 14 February 2020 - Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held a Regimental Mess Dinner in conjunction with the posting in and out of Sp Bn RBLF officers at Penanjong Garrison Officers' mess. A total of 08 posted-out Officers and 10 posted-in Officers to Sp Bn RBLF were celebrated with full Military Regimental custom.  At the same time, it is part of the activities to commemorate the 30th anniversary of the Sp Bn RBLF. 

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, the Commanding Officer of Sp Bn RBLF. The event commenced with a photo session followed by the Chief Steward reporting to the Guest of Honour for the dinner to proceed. 44 Officers including their spouses were present during that night to celebrate the meaningful occasion. 

During his speech, the Guest of Honour expressed his gratitude and thanked the officers who have supported him throughout their service, welcomed the newly appointed officers to Sp Bn RBLF and expressed his appreciation to the spouses for their never-ending support throughout their career. The Guest of Honour also took the opportunity to congratulate the newly promoted officers and hope that it will motivate them with their future endeavours. The event concluded with the Guest of Honour presenting a token of appreciation to the posting out officers and their spouses, followed by conducting the band by the Guest of Honour and the signing of parchment. 

The event was organised to give respect and appreciation to the posted-out officers for their service that they have provided during their tour in Sp Bn RBLF and to further strengthen the relationship between all current officers and spouses in Sp Bn RBLF.



MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Jumaat, 14 Februari 2020 - Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Beradat sempena pertukaran Pegawai-Pegawai Bn Bantu TDDB di Mes Pegawai Penanjong Garison. Seramai 08 orang pegawai yang bertukar keluar dan 10 orang pegawai yang bertukar masuk ke Bn Bantu TDDB telah diraikan dengan penuh adat ketenteraan. Pada masa yang sama, ianya adalah salah satu aktiviti untuk memperingati Hari Ulang Tahun Bn Bantu TDDB yang ke 30 tahun.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB. Acara dimulakan dengan sesi begambar ramai dan diikuti dengan Chief Steward melapor kepada Tetamu Kehormat Majlis. Seramai 44 orang Pegawai berserta pasangan telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang penuh adat ketenteraan pada malam tersebut.

Semasa ucapan beliau, Tetamu Kehormat Majlis mengucapkan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan pegawai-pegawai yang diraikan semasa bertugas di Bn Bantu TDDB. Dalam pada itu juga, beliau mengucapkan selamat datang kepada Pegawai-Pegawai yang baru dilantik dan akan memulakan tugas di Bn Bantu TDDB dan mengucapkan penghargaan kepada isteri-isteri yang sentiasa memberikan sokongan disepanjang perkhidmatan. Selain itu, beliau juga sempat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai-Pegawai yang baru saja dinaikkan pangkat dan berharap agar ianya dapat memberikan mereka semangat untuk lebih maju lagi dimasa akan datang. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai-Pegawai yang diraikan dan Isteri-Isteri, diteruskan dengan menjemput Tetamu Kehormat untuk memimpin pancaragam dan menandatangan lambar kenangan. 

Majlis ini telah diungkayahkan bagi mempamerkan tanda penghormatan dan penghargaan diatas jasa yang telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang diraikan dan ianya adalah bagi mengeratkan lagi hubungan diantara semua pegawai-pegawai Bn bantu TDDB berserta pasangan.