Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THANKSGIVING PRAYER CEREMONIES TO MARK 46th BIRTHDAY OF HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE AT BERAKAS GARRISON AND BANGAR CAMP

BERAKAS GARRISON, Sunday, 16 February 2020 – First Batalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony at Surau Al-Fai'zun, to mark the 46th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.  

Present at the event was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff RBLF. Also in attendance were senior officers; officers as well as other personnel of RBLF.

The event began with a mass Maghrib prayer followed by performing a Sunat Hajat prayer and the recitation of Surah Yaasin and 'Doa Kesyukuran' led by Imam Mohd Asdey Hazabullah bin Haji Mohd Zain, Imam of Surau Al Faizun. The event concluded with a mass Isya' prayer.

A similar ceremony was also conducted by E Company, 1Bn RBLF at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp. Present at the event was Lieutenant Colonel Errahiman bin Haji Tahir. Also in attendance are Officer in Command of E Company as well as the personnel of E Company, 1Bn RBLF.



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-46 TAHUN DI BERAKAS GARISON DAN BANGAR KEM

BERAKAS GARISON, Ahad, 16 Februari 2020 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Yang ke-46 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ke majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin serta bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Mohd Asdey Hazabullah bin Haji Md Zain, Imam Surau Al-Faizun. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah.

Acara doa kesyukuran yang sama juga telah dilaksanakan oleh Kompeni E, 1Bn TDDB di Bangar Kem. Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Errahiman bin Haji Tahir. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah Kompeni E dan anggota-anggota Kompeni E TDDB.