Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND BATTALION, ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS THANKSGIVING PRAYER CEREMONY TO MARK 46th BIRTHDAY OF HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE

TUTONG CAMP, Sunday, 16 February 2020 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a thanksgiving prayer ceremony at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp to mark the 46th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.  

Present at the event was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also present were the Officers Commanding, Officers as well as other 2Bn RBLF personnel.

The event began with a mass Maghrib prayer followed by performing a Sunat Hajat prayer and the recitation of Surah Yaasin and a special 'Doa Kesyukuran' and then concluded with a mass Isya' prayer led by Bilal Haji Abu Bakar bin Haji Abd Rahman, Bilal of Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp.


BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-46

PERKHEMAHAN TUTONG, Ahad, 16 Februari 2020 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong sempena Sambutan Hari Puja Usia Yang ke-46 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Hadir di majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.Turut hadir ialah pegawai-pegawai Memerintah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB.

Majlis bermula dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin, bacaan doa kesyukuran dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah dipimpin oleh Bilal Haji Abu Bakar bin Haji Abd Rahman, Bilal Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong.