Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER ROYAL BRUNEI LAND FORCE VISIT TO PROJECT TITIAN AMAL BRIDGE IN KAMPONG MELILAS IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE’S 58TH ANNIVERSARY

KG MELILAS, Monday, 10 February 2020 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) conducted a site visit to Kampong Melilas for the Titian Amal Project in conjunction with the RBLF's 58th anniversary.

The visit commenced with a brief from Major Mohamad Safizan bin Ahmad, Officer Commanding Command Company on the achievements, developments as well as challenges faced throughout the execution of this project. Commander RBLF was then invited to take a closer look at the construction of the jetty which is expected to be completed in March 2020.

During the visit, Commander RBLF also had the opportunity to convey words of encouragement to the RBLF personnel involved in the construction of the jetty. Commander RBLF also emphasised the importance of safety in terms of wood handling, using proper technique and reminded the personnel to always maintain professionalism in carrying out their duties as the construction is also aimed at enhancing the safety, convenience and well-being of the people living in the village. Commander RBLF was then invited to Melilas Longhouse for lunch.

The visit provided an opportunity for the residents of the Longhouse to interact with Commander RBLF as well as to strengthen the friendship with the residents of Kampong Melilas.







TINJAUAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE TAPAK PROJEK TITIAN AMAL, KAMPONG MELILAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT YANG KE 58 TAHUN

KG MELILAS, Isnin, 10 Februari 2020 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berserta rombongan telah membuat tinjauan bagi melihat sendiri Projek Titian Amal di Kampong Melilas Daerah Belait sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 58 Tahun.

Aturcara tinjauan bermula dengan Yang Mulia Pemerintah TDDB dijemput ke tapak projek pembinaan jeti dan diberikan taklimat  oleh Yang Mulia Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad, Pegawai Memerintah Kompeni Memerintah 3Bn mengenai pencapaian, perkembangan serta cabaran di sepanjang projek ini dilaksanakan. Yang Mulia Pemerintah TDDB kemudiannya melihat sendiri secara lebih dekat pembinaan jeti yang dijangka siap pada bulan Mac 2020 ini.

Semasa lawatan tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB juga berkesempatan memberikan kata-kata semangat kepada anggota-anggota TDDB yang terlibat dan yang telah bertungkus lumus dalam pembinaan titian ini. Yang Mulia Pemerintah TDDB juga menyatakan kepentingan keselamatan dari segi aspek pengendalian dan pertukangan kayu yang memerlukan teknik yang betul. Di samping itu juga Yang Mulia Pemerintah TDDB mengingatkan anggota-anggota yang terlibat untuk meningkatkan mutu profesionalisme dalam menjalankan sesuatu pekerjaan itu kerana pembinaan jeti ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keselamatan, kemudahan serta kersejahteraan penduduk yang mendiami kawasan kampong tersebut. Aturcara diteruskan lagi dengan Yang Mulia Pemerintah TDDB dijemput ke rumah Panjang Melilas untuk menikmati jamuan makan tengahari.

Dengan adanya lawatan ini, ianya dapat memberi peluang bagi penghuni-penghuni Rumah Panjang Melilas untuk berinteraksi bersama Yang Mulia Pemerintah TDDB  dan juga mengeratkan lagi silaturahim bersama penduduk kampong tersebut.