Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
HANDOVER CEREMONY OF COMMANDING OFFICER THIRD BATALLION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

LUMUT CAMP, Friday, 06 December 2019 – Third Batallion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held the Handover of Duties ceremony which took place at the 3Bn Cookhouse.

Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi is now the new Commanding Officer for 3Bn RBLF after taking over the post from Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim in a ceremony attended by officers and other ranks.

Upon arrival, Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim received the honourary salute and proceeded to inspect the Guard of Honour led by Major Razif bin Pg Hj Idros. The ceremony continued with a speech by the outgoing Commanding Officer followed by signing of Handover of Duties. Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim was the Commanding Officer of 3Bn RBLF from 18 June 2017 until 21 November 2019.

Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, the incoming Commanding Officer also received the honourary salute and inspected the Guard of Honour followed by a speech. In his speech, the new Commanding Officer of 3Bn RBLF emphasised the importance of discipline and referred to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Titah where His Majesty's spoke on violations of securities such as illegal of smuggling items such as cigarettes, drugs, liquor and other contraband which can jeopardise the capacity and integrity of the Royal Brunei Armed Forces. He further stated the importance of spirituality instilled in each military personnel as a deterrent to prevent unwanted things to happen especially during operations.



SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 06 Disember 2019 – Majlis Serah terima tugas Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah berlangsung pada hari ini di Rumah Masak 3Bn TDDB.

Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi merupakan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB yang baru secara rasminya setelah mengambil alih jawatan tersebut dari Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim di majlis serah terima tugas yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dan lain lain peringkat.

Sejurus tiba, Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, mantan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Pg Razif bin Pg Hj Idros. Upacara itu diteruskan lagi dengan menandatangani sijil serah terima tugas Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim telah mula bekhidmat sebagai Pemerintah 3Bn TDDB sejak 16 Jun 2017 sehingga 21 November 2019.

Sebagai Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB yang baru, Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi seterusnya menerima tabik hormat dan kemudian memeriksa Kawalan Kehormatan diikuti dengan ucapan beliau. Semasa ucapan tersebut, beliau menekankan megenai pentingnya disiplin dan apa jua kekurangan dari aspek anggota perlu ditentukan oleh setiap peringkat pemimpin. Beliau juga merujuk kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan semasa sambutan Hari Ulang tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei(ABDB) yang ke 58 tahun dimana baginda ada bertitah mengenai pelanggaran sekuriti seperti penyeludupan barang-barang tegahan seperti rokok, dadah, minuman keras dan sebagainya yang boleh mengugat keupayaan dan kapabiliti ABDB.

Beliau seterusnya juga mengingatkan akan pentingnya kerohanian ditingkatkan dalam diri setiap anggota itu kerana hanya dengan ada kerohanianlah ianya akan dapat menjadi pendinding bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku terutama sekali semasa melaksanakan operasi dan sebagainya.