Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
STUDY VISIT TO SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

PENANJONG GARRISON, Thursday, 05 December 2019 – A total of 10 teaching staffs and 40 participants of the Syababul Watan Programme (Tunas Bangsa) conducted a study visit to Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF). The programme organised by the Ministry of Defence (MINDEF) involved participants comprising of children of personnel working in MINDEF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The study visit started with a short brief regarding the roles and responsibilities of Combat Engineer Squadron (CES) Sp Bn RBLF which was presented by Lieutenant Mohammad Rahimin Bin Haji Ahmad, Field Troop Commander, CES, Sp Bn RBLF. The teaching staffs and participants was later introduced to the different types of military equipments and vehicles used by the combat engineers.

This study visit serves to educate the participants on the roles and responsibilities of a specialist unit in the RBLF. The visit ended with a photo session and a light refreshment.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Khamis, 05 Disember 2019 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) bagi anak-anak warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terdiri daripada 10 tenaga pengajar dan 40 peserta program.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai tugas dan peranan Skuadron Jurutera Tempur (SJT) Bn Bantu TDDB yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Mohammad Rahimin bin Haji Ahmad, Ketua Terup Medan, SJT, Bn Bantu TDDB. Tenaga pengajar dan peserta program tersebut seterusnya didedahkan kepada pelbagai peralatan-peralatan tentera dan kenderaan yang digunakan oleh jurutera tempur.

Lawatan tersebut juga sedikit sebanyak memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada unit-unit pakar yang terdapat di TDDB. Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai dan seterusnya menikmati jamuan.