Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
LUNCHEON WITH KUALA BELAIT DISTRICT OFFICER AND STAKEHOLDERS OF KUALA BELAIT DISTRICT IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE 58th ANNIVERSARY

LUMUT CAMP, WEDNESDAY, 04 December 2019 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a luncheon in conjunction with the RBLF's 58th anniversary for the Kuala Belait's District Officer and Stakeholders of Kuala Belait District at the Officer's Mess, Lumut Camp.

Present as the Guest of Honour was Awang Ramlee bin Haji Jamudin, District Officer of Belait District. Also present during the event were the Head of Mukim, Head of Villages and Government Officers from Kuala Belait District. 

The event commenced at the Officer's Mess with welcoming drinks and presentation of RBLF's corporate video. The visit continued with a group photo session and static display of 3Bn RBLF assets. The guests were then ushered to Dining Hall for luncheon.  

During the event, Major Haji Alimin Bin Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF delivered a speech which highlighted the importance of the annual luncheon event hosted by RBLF as an effort to foster closer and stronger relationship between the stakeholders and how it plays a crucial role in contributing to maintaining peace and security of the nation. He also shared the recent speech by the Commander of the RBLF during the 58th Anniversary Parade on the changing and challenging issues in the security and strategic environment which placed emphasis on the  importance for stakeholders to continue fostering the relationship, sharing of knowledge, information and experiences with each other in order to achieve peace and stability.

The event concluded with presentation of mementos to the Guest of Honour by Commanding Officer of 3Bn.





MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA PEGAWAI DAERAH, DAN STAKEHOLDERS DAERAH KUALA BELAIT SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-58

PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 04 Disember 2019 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Tengahari sempena Hari Ulang Tahun TDDB (HUT TDDB) bersama Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah Kuala Belait bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Lumut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Kuala Belait. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah Kuala Belait.

Majlis dimulakan dengan hidangan minuman dan tayangan video korporat TDDB di Mes Pegawai, Perkhemahan Lumut. Sejurus tiba Pegawai Daerah di Mes Pegawai Perkhemahan Lumut, para jemputan dijemput untuk bergambar ramai, diteruskan dengan beberapa pameran statik asset 3Bn TDDB dan jamuan makan tengahari. Majlis tersebut diteruskan dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Mejar Haji Alimin bin Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.

Di dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan kepentingan majlis makan tengahari yang diungkayahkan setiap tahun ini sebagai sebuah landasan yang merapatkan hubungan erat dan silaturrahim diantara semua stakeholders yang mana hubungan erat yang telah terjalin sekian lama ini memainkan peranan besar dalam menyumbangkan dan mempertahankan ketenteraman dan keamanan negara. Beliau juga telah mengongsikan hasil petikan perutusan Pemerintah TDDB sempena Perbarisan HUT TDDB ke-58 Tahun yang menekankan tentang keselamatan dan persekitaran strategik yang pada masa kini semakin mencabar. Oleh itu, ianya memerlukan kesemua stakeholders dalam mengekalkan hubungan yang rapat, meningkatkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan pengalaman dalam membantu mengekalkan keamaan dan sekuriti yang sedang dinikmati oleh negara pada masa ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat yang telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.