Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
20th ASEAN CHIEFS OF ARMY MULTILATERAL MEETING AND 7th ASEAN SERGEANT MAJORS ANNUAL MEETING IN BANDUNG, INDONESIA

INDONESIA, WEDNESDAY, 27 November 2019 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force attended the 20th ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (20th ACAMM) in Bandung, Indonesia.

The meeting was officiated by the Minister of Defence, Prabowo Subianto and chaired by General Andika Perkasa, Chief of Staff of the Indonesian Army.  The theme for this year's ACAMM is "Advancing Armies Collaboration Towards ASEAN 2025 – Forging Ahead Together".

The Minister of Defence in his keynote address, emphasised the initiatives to be met at the meeting will greatly enhance and strengthen unity among the ASEAN countries. The meeting addressed global security threats and transnational challenges in ASEAN countries such as Transnational Crime, Terrorism, Radicalisation and natural disasters.

ACAMM is an annual meeting conducted since 2000 and is hosted by every ASEAN Army on a rotational basis.  This meeting has become an important platform which contributes to the strengthening of unity and cooperation amongst the ASEAN Armies. The 20th ACAMM will be hosted by Brunei Darussalam in November 2020.

At the sidelines of ACAMM, the Commander of the RBLF held bilateral meetings with the Chiefs of Army from ASEAN Countries.  In these meetings, the camaraderie amongst the ASEAN countries were reiterated through the recognition of bilateral and multilateral defence engagements in line of this year's ACAMM theme.

Held concurrently with ACAMM, the 9th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) was attended by the Land Force Sergeant Major (LFSM) at Aryaduta Hotel, Bandung.  ASMAM is an annual meeting conducted since 2011, which aims to promote a strong working relationship and sharing of experiences amongst the ASEAN armies.



MESYUARAT PELBAGAI HALA BAGI KETUA-KETUA TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KE 20 DAN MESYUARAT TAHUNAN BAGI SARJAN MEJAR TENTERA DARAT NEGARA-NEGARA ASEAN KE 9 DI BANDUNG, INDONESIA

INDONESIA, Isnin, 25 November 2019 - Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Mesyuarat Pelbagai Hala bagi Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN yang ke 20 (20th ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting, 20th ACAMM) di Bandung, Republik Indonesia.

Mesyuarat ACAMM merupakan pertemuan untuk menguatkan komitment kerjasama Tentera Darat negara-negara ASEAN dan pada tahun ini mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, serta mesyuarat dipengerusikan oleh Jendral Andika Perkasa, Ketua Staf Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat.  Tema ACAMM pada tahun ini "Advancing Armies Collaboration Towards ASEAN 2025 – Forging Ahead Together".

Semasa ucapan beliau, Menteri Pertahanan Indonesia menyatakan inisiatif yang akan dicapai didalam mesyuarat tersebut akan meningkatkan dan menguatkan lagi perpaduan diantara Tentera Darat negara-negara ASEAN.  Mesyuarat ACAMM diantara negara-negara ASEAN ini membincangkan mengenai segala ancaman dan cabaran global terutama di negara-negara ASEAN seperti jenayah rentas sempadan, terrorism, radikalisme serta bencana alam.

ACAMM adalah acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2000 dan dikendalikan secara bergilir oleh Tentera Darat ASEAN.  Acara tahunan ini juga dijadikan sebagai landasan penting yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan dan kerjasama yang sudah sekian lama terjalin di antara Tentera Darat Negara ASEAN.  ACAMM kali ke-21 akan dipengerusikan oleh Brunei Darussalam pada bulan November 2020.

Selain daripada mesyuarat ACAMM, Pemerintah TDDB juga berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama Ketua Tentera Darat dari semua negara ASEAN.  Dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, persahabatan antara tentera-tentera darat ASEAN melalui penglibatan pertahanan dua hala dan pelbagai hala adalah ditekankan. 

Pada masa yang sama, Mesyuarat 8th ASEAN Sergent Major Annual Meeting, ASMAM kali ke-9 juga turut diadakan dan telah dihadiri oleh Sarjan Mejar TDDB di Hotel Aryaduta, Bandung. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang dikendalikan sejak 2011 yang bertujuan untuk menggalakkan hubungan kerja yang kukuh dan perkongsian pengalaman di kalangan tentera-tentera ASEAN.