Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CLOSING CEREMONY OF THE 29th ASEAN ARMIES RIFLE MEET (AARM 2019)

PUSDIKIF CAMP, BANDUNG, Tuesday, 26 November 2019 – The closing ceremony of the 29th ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) took place at the Shooting Range, Pusdikif Camp, Bandung.

The closing ceremony was officiated by General Andika Perkasa, Chief of Staff of the Indonesian Army. Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) represented the RBLF at the ceremony.

Upon arrival, the guest of honour received a honourary salute led by Colonel Infantry Mochamad Mahbub Junaedi, Commandant Brigade 13th Infantry as the Parade Commander. The event was followed with Rifle Match 5, prize presentation and a speech by the guest of honour. The event continued with the lowering of the AARM flag and flag handover to the Commander of the RBLF as the host of the 30th AARM and speech by the Commander of the RBLF. The ceremony concluded with a Gendering Suling Canka Lokananta performance and Chakra demonstration.

The Commander of the RBLF also participated in the ASEAN Novelty Shoot match which was conducted as part of the closing ceremony. The Commander of the RBLF also took the opportunity to meet with the RBLF Shooting Contingent.

This year's AARM showcased a new format where 10 ASEAN countries are combined and created four teams namely Team Alligator, Team Bear, Team Cheetah and Team Dragon. The Alligator team emerged as the overall champion with 6 trophies, 33 gold medals, 26 silver medals and 21 bronze medals, followed by the Bear team at second place with 6 trophies, 32 gold medals, 33 silver medals and 6 bronze medals. The Cheetah team came at third place with 2 trophies, 11 gold medals, 11 silver medals and 41 bronze medals and while fourth place went to Dragon team with 1 medals, 10 gold medals, 16 silver medals and 18 bronze medals.





UPACARA PENUTUP KEJOHANAN MENEMBAK TENTERA DARAT ASEAN KALI KE-29 (29th AARM)

KEM PUSDIKIF, BANDUNG, Selasa, 26 November 2019 – Upacara penutup Kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN yang ke-29 telahpun diadakan di Lapang Sasar, Kem Pusdikif, Bandung.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Jeneral Andika Perkasa, Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD). Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut hadir di upacara tersebut selaku wakil TDDB.

Upacara berlangsung dengan ketibaan tetamu kehormat yang disambut dengan tabik hormat yang diketuai oleh Kolonel Infantri Mochamad Mahbub Junaedi, Kommandant Briged Infantri ke-13, selaku Ketua Perbarisan. Upacara diteruskan dengan perlawanan Rifle Match 5, penyampaian hadiah dan ucapan penutup daripada KASAD. Upacara diikuti dengan penurunan bendera AARM, penyerahan bendera AARM kepada Pemerintah TDDB selaku hos kepada AARM yang ke 30 dan ucapan Pemerintah TDDB. Upacara diakhiri dengan persembahan Gendering Suling Canka Lokananta serta demonstrasi Cakra.

Pemerintah TDDB juga turut serta dalam Perlawanan Menembak Pistol yang juga diadakan sempena upacara penutup AARM. Beliau juga berpeluang untuk berjumpa dengan kontinjen penembak Tentera Darat Diraja Brunei.

Format perlawanan pada tahun ini berbeza dengan tahun yang sebelumnya iaitu 10 buah Negara ASEAN digabung untuk menjadikan empat kumpulan iaitu Kumpulan Alligator, Kumpulan Bear, Kumpulan Cheetah dan Kumpulan Dragon. Pasukan Alligator muncul sebagai juara keseluruhan dengan enam piala, 33 pingat emas, 26 pingat perak dan 21 pingat gangsa, diikuti oleh pasukan Bear di tempat kedua dengan enam piala, 32 pingat emas, 33 pingat perak dan 6 pingat gangsa. Pasukan Cheetah menduduki tangga ketiga dengan 2 piala, 11 pingat emas, 11 pingat perak dan 41 pingat gangsa manakala tempat keempat disandang oleh pasukan Dragon dengan 1 piala, 10 pingat emas, 16 pingat perak dan 18 pingat gangsa.