Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
REGIMENTAL DINNER NIGHT IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE’S 58TH ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Friday 29 November 2019 – A Regimental Dinner Night in conjunction with the Royal Brunei Land Force's (RBLF) 58th Anniversary was held at Officer's Mess, Berakas Garrison.

Present as the guest of honour for the event was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the RBLF and Datin Mazlin bte Haji Osman, spouse of the Commander of RBLF.

Upon arrival, the guests of honour were received by Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, the Commanding Officer of Support Battalion RBLF as Chairman of the RBLF 58th Anniversary. The event commenced with a photo session followed by recital of doa.

During the event, the Commander of the RBLF gave a speech in which he highlighted the importance of the regimental tradition to be continually maintained and to encourage all RBLF personnel to exercise such traditions in carrying out any tasks. He also expressed his highest appreciation for the spouses for their never-ending support, especially for events held under the RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI). The event concluded with the guest of honour conducting the regimental band and the signing of parchment.

The regimental dinner night serves to honour and recognise the service, dedication and sacrifice that have been contributed by the RBLF officers and serves to strengthen the relationship between all RBLF officers.

 



MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 58 TAHUN

BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 November 2019 - Majlis Makan Malam Beradat sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang ke 58 tahun telah diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB dan Datin Mazlin bte Haji Osman, isteri kepada Pemerintah TDDB.

Sejurus tiba, Tetamu Kehormat Majlis disambut oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB selaku Pengerusi Tertinggi HUT TDDB yang ke 58 Tahun.

Majlis dimulakan dengan bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan doa. Semasa majlis tersebut, Pemerintah TDDB menyampaikan ucapan dimana beliau mengingati untuk mengekalkan tradisi regimentasi dan menyarankan kepada semua pucuk kepimpinan TDDB untuk mengamalkan atau mempraktikkan semangat rejimen dalam melaksanakan sesuatu tugas. Beliau juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri-isteri yang selalu memberikan sokongan dan bantuan kepada suami mereka terutama bagi acara yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI). Majlis diakhiri dengan Pemerintah TDDB dijemput untuk memimpin pancaragam dan menandatangani lembaran kenangan.

Majlis Makan Malam Beradat merupakan salah satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa, khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan dan sekali gus mengeratkan hubungan di antara pegawai - pegawai TDDB.