Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CLOSING CEREMONY FOR EXERCISE LATMA KERIS SATRIA SIRI 13/2019

MAKASSAR, Thursday, 28 November 2019 – The closing ceremony for Exercise LATMA Keris Satria Siri 13/2019 between the Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) and Batalyon Infanteri Para Raider 432/Waspada Setia Jaya, Tentera Nasional Indonesia, Angkatan-Darat (Yonif PR 432/WSJ KOSTRAD TNI-AD) took place at Yonif PR 432/WSJ KOSTRAD TNI-AD Headquarters.

The closing ceremony was officiated by Colonel Infantry Susilo, Komandan Brigade Infanteri Para Raider 3 TRI BUDI SAKTI. Also present during the ceremony as RBLF representatives were Lieutenant Colonel Amilin bin Haji Mohammad Gani and Warrant Officer 1 Muhammad Firdaus bin Haji Said.

Upon arrival, the guest of honour received a honourary salute. The ceremony was then followed by the removal of armbands and a speech by the guest of honour which highlighted the bilateral ties between RBLF and TNI-AD. In his speech, he also stated the professional bond between the exercise participants are maintained and reiterated the importance and value of camaraderie and the sharing of knowledge between RBLF and TNI-AD. The ceremony concluded with a meet and greet with the exercise participants.

Exercise LATMA Keris Satria was conducted from 17 November until 30 November 2019 at Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, involving personnel from Batalyon Infanteri Para Raider 432/Waspada Setia Jaya, Tentera Nasional Indonesia, Angkatan Darat and 25 personnel from 3Bn RBLF.




UPACARA PENUTUP RASMI EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA SIRI 13/2019

MAKASSAR, Khamis, 28 November 2019 – Upacara Penutup Rasmi Eksesais LATMA Keris Satria Siri 13/2019 diantara Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dengan Batalyon Infanteri Para Raider 432/Waspada Setia Jaya, Tentera Nasional Indonesia, Angkatan-Darat (Yonif PR 432/WSJ KOSTRAD TNI-AD) telah dilaksanakan bertempat di Markas Yonif PR 432/WSJ KOSTRAD TNI-AD.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Kolonel Infanteri Susilo, Komandan Brigade Infanteri Para Raider 3 TRI BUDI SAKTI. Upacara tersebut juga dihadiri oleh Leftenan Kolonel Amilin bin Haji Mohammad Gani dan Pegawai Waran 1 Muhammad Firdaus bin Haji Said sebagai wakil daripada TDDB.

Sejurus ketibaan Tetamu Kehormat, beliau diberikan tabik hormat perbarisan, dan seterusnya menanggalkan Toha dari Pelatih dan Pelaku Eksesais. Upacara diteruskan dengan menyampaikan ucapan penutup  daripada Tetamu Kehormat dimana beliau menekankan pentingnya persahabatan di antara TDDB dan TNI-AD dan berharap sikap profesional kepada anggota yang terlibat dengan eksesais ini untuk dipertahankan dan ditingkatkan. Upacara diakhiri dengan sesi perjumpaan bersama anggota- anggota yang terlibat dengan eksesais LATMA.

Eksesais LATMA Keris Satria dilaksanakan pada 17 November hingga 30 November 2019 di Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan yang melibatkan anggota daripada Batalyon Infanteri Para Raider 432/Waspada Setia Jaya, Tentera Nasional Indonesia dan 25 anggota dari 3Bn TDDB.