TUNGKU BEACH, Sunday, 17 November 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Alpha Challenge 2019 was held with the collaboration of The RBAF and D'Sunlit Sdn Bhd. The challenge consisted of a "Fun Run" at a distance of 3 km with 9 obstacles, 5 km with 23 obstacles and 10km with 27 obstacles.
The Royal Brunei Land Force (RBLF) team emerged as champion in the 10 km challenge beating the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Air Force (RBAirF) in the second and third place respectively.
Present as the Guest of Honour and presented the prizes was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF. Also present were the Services Commanders, Military Directors, Commandants, Senior officers and personnel of RBAF.

PASUKAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MUNCUL SEBAGAI JOHAN ALPHA CHALLENGE ABDB 2019
PANTAI TUNGKU, Ahad, 17 November 2019 – Kejohanan Alpha Challenge Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2019 telah diadakan dengan kerjasama ABDB dan D'Sunlit Sdn Bhd. Acara tersebut mengandungi kategori 'Fun Run' dengan jarak 3 km dengan 9 halangan, jarak 5 km dengan 23 halangan dan laluan 10 km dengan 27 halangan.
Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah muncul sebagai Johan di dalam kategori 10 km berhalangan menewaskan pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan TUDB di tempat kedua dan ketiga.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Tentera, Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Anggota ABDB.