Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CLOSING CEREMONY OF ADVANCED INFANTRY COURSE

TUTONG CAMP, Friday, 04 October 2019 – Second Battalion, Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held the Closing Ceremony for the Advanced Infantry Course for the 164th Intake who recently concluded their recruit training at Ar-Rizq Hall, Tutong Camp. A total of 163 personnel successfully completed the course which was held from 03 September 2019 until 04 October 2019. The course was conducted by C Company, 2Bn RBLF with the support of instructors from First Battalion RBLF (1Bn RBLF), Second Battalion RBLF (2Bn RBLF) and Third Battalion RBLF (3Bn RBLF).

Present as the Guest of Honour was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff RBLF as well as Commanding Officers from respective RBLF Battalions, Officers, Regimental Sergeant Major of 2Bn RBLF and instructors.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and an overall course review delivered by Major Sufrien bin Johan. The ceremony was then followed by a recitation of the RBLF pledge and presentation of badges of each respective Infantry Battalions led by Private Hj Muhd Haziq bin Hj Matlimin.

In his speech, the guest of honour emphasised on the importance of the state of preparedness and readiness of Infantrymen and to voice out any problems and grievances by using proper channels through their respective officers. He also wished the course participants the best when serving at their respective battalions and prayed they will always be under Allah S.W.T's protection.  The ceremony concluded with recitation of Doa Selamat and a group photo session.


UPACARA MAJLIS PENUTUP KURSUS LANJUTAN INFANTERI

PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 04 Oktober 2019 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah melangsungkan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan ke-164 yang telah diadakan di Dewan Ar-Rizq 2, Perkhemahan Tutong. Seramai 163 anggota telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan bantuan jurulatih-jurulatih daripada Batalion Pertama, Batalion Kedua dan Batalion Ketiga TDDB, bermula daripada 03 September hingga 04 Oktober 2019 yang telah dikendalikan oleh Kompeni C 2Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Pemerintah Batalion, Pemangku Penolong Ketua Staf G1 Mrks TDDB, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Rejimen 2Bn TDDB dan juga Jurulatih-Jurulatih Kursus.

Upacara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan rumusan dan huraian aktiviti daripada Mejar Mohd Sufrien bin Johan selaku Pegawai Pengendali Kursus. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar dan pemakaian lencana infantri batalion masing-masing yang diketuai oleh Soldadu Hj Muhd Haziq bin Hj Matlimin.

Sebelum perasmian penutup kursus, Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis telah menyampaikan beberapa nasihat bermanfaat kepada semua peserta kursus untuk sentiasa bersiap sedia melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis juga menekankan dimana pekerjaan sebagai seorang anggota infantri dijadikan sebagai karier yang perlu diambil serius demi masa depan dan sebagai 'periuk nasi' yang perlu sentiasa dijaga demi menyara kehidupan seharian keluarga.

Yang Mulia Tetamu Kehormat juga mengingatkan untuk belajar berdikari daripada lebih mengharapkan keluarga, dan segala permasalahan dan rintihan yang ingin diluahkan disepanjang karier sebaiknya disampaikan kepada pegawai dan pemimpin masing-masing. Sebagai penutup kata, Yang Mulia Tetamu Kehormat mendoakan kepada kesemua peserta kursus sentiasa dilindungi Allah SWT dan berjaya semasa berada di batalion masing-masing. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat  dan sesi bergambar ramai.