Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE MEETS WITH COURSE PARTICIPANTS OF THE ADVANCED INFANTRY COURSE FOR THE 164th INTAKE

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 02 October 2019 – A meeting session between Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and the course participants of the Advanced Infantry Course for the 164th Intake was held at the Pahlawan Hall, Berakas Garrison.

Also present during the session were Lieutenant Colonel Pg Haji Saiful Amirul Bakri bin Pg Haji Ramlee, Commanding Officer of Second Battalion RBLF (CO 2Bn RBLF), Acting Assistant Chief of Staff Personnel and Administration, Officers, Adjutant of 2Bn RBLF, Land Force Sergeant Major, Regimental Sergeant Major 2Bn RBLF as well as instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech delivered by the Commander of RBLF.  During his speech, he emphasised on three matters namely Professionalism, Security and Discipline which needs to be practiced during daily operations and duties.  In addition, he also reminded all personnel to maintain their physical and mental well-being throughout their career as Infantrymen as both are important components in carrying out various tasks such as ceremonial duties, border patrols or overseas missions (UNIFIL and IMT) as well as bilateral exercises.

Before concluding his remarks, the Commander of RBLF also reminded all on financial management, to be more cautious in using social media platforms and not to engage in any immoral activities that could jeopardize an individual's image as well as RBLF's image as a whole.  The session ended with the recitation of Doa Selamat and a group photo session.



SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA PESERTA- PESERTA KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE-164

BERAKAS GARISON, Rabu, 02 Oktober 2019 – Sesi perjumpaan Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama peserta-peserta Kursus Lanjutan Infantri bagi anggota-anggota lepasan rekrut pengambilan ke 164 yang bertukar ke Tentera Darat Diraja Brunei telah dilaksanakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Turut hadir semasa perjumpaan tersebut ialah Leftenan Kolonel Pg Haji Saiful Amirul Bakri bin Pg Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Pemangku Penolong Ketua Staf Keanggotaan dan Pentadbiran, Pegawai Pengendali Kursus, Pegawai-Pegawai, Ejutan 2Bn TDDB, Sarjan Mejar Tentera Darat, Sarjan Mejar Rejimen 2Bn TDDB dan para Jurulatih-Jurulatih.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan Pemerintah TDDB. Diantara perkara -perkara yang ditekankan semasa perjumpaan tersebut ialah Professionalisme, Sekuriti dan Disiplin yang mana ketiga-tiga perkara ini adalah sebagai tunjang kekukuhan unit TDDB selaku teraju utama dalam perlaksanaan operasi mahupun tugas harian yang meliputi seluruh pelusuk negara.

Selain daripada itu, Pemerintah TDDB juga mengingatkan peserta-peserta kursus untuk sentiasa menjaga tahap fizikal dan mental disepanjang karier sebagai anggota infantri yang mana kedua-dua aspek ini ialah sebagai komponen yang penting dalam melaksanakan pelbagai tugasan samada di dalam negara seperti penugasan istiadat dan rondaan sempadan hutan ataupun luar negara seperti UNIFIL, IMT dan eksesais dua hala.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Pemerintah TDDB juga menekankan mengenai pengurusan kewangan, untuk sentiasa berhati-hati dalam penggunaan media sosial dan untuk tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan nama baik setiap individu dan juga imej Tentera Darat Diraja Brunei. Sesi perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.