Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THANKSGIVING CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 28th ANNIVERSARY OF COMBAT SERVICE SUPPORT, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Monday, 30 September 2019 –The Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) held a Thanksgiving (Doa Kesyukuran) Ceremony at Surau Al-Faizun Berakas Garrison. A total of 196 personnel attended the ceremony.

Present as the guest of honour was Colonel Dr Haji Awg Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan, Acting Commandant of the Combat Service Support RBLF. Also present during the ceremony were the Deputy Commandant of CSS RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of CSS RBLF from various units which comprised of CSS Headquarters, Logistics Depot CSS RBAF, Land Engineering CSS RBLF, Force Transport CSS RBLF, Signal Squadron CSS RBLF, Medical & Health Services CSS RBLF, Dental Services CSS RBLF and Fire & Safety Services CSS RBLF.

The ceremony commenced with a mass Solat Hajat Prayer, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil. The ceremony concluded with Doa Kesyukuran, mass Asar prayer led by the imam of Surau Al-Faizun.

The Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) celebrates its anniversary every first of October.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (HUT KBK TDDB) YANG KE 28 TAHUN

BERAKAS GARISON, Isnin, 30 September 2019 –Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Faizun, Berakas Garison. Seramai 196 anggota hadir bagi Majlis Doa Kesyukuran tersebut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis tersebut ialah Kolonel Dr Haji Awg Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan, Pemangku Komandan KBK TDDB. Turut hadir bersama ialah Timbalan Komandan KBK TDDB, Ketua-Ketua Jabatan Unit KBK TDDB, Pegawai-pegawai dan anggota KBK TDDB dari unit-unit lain yang terdiri daripada Markas KBK TDDB, Depoh Logistik KBK TDDB, Kejuruteraan Darat KBK TDDB, Kenderaan Pasukan KBK TDDB, Skuadron Semboyan KBK TDDB, Khidmat Perubatan & Kesihatan KBK TDDB, Khidmat Pergigian KBK TDDB dan Khidmat Bomba & Keselamatan KBK TDDB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah, diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan bacaan Doa Kesyukuran.

Hari Ulang Tahun Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (HUT KBK TDDB) disambut pada 01 Oktober setiap tahun.