Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE (2BN RBLF) ORIENTEERING COMPETITION 2019

Sungai Basong Recreational Park, Thursday 05 September 2019 – The Orienteering competition for Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) was held at Sungai Basong Recreational Park, Tutong.  The competition was organised by the C Company, 2Bn RBLF.

Present as the guest of honour was Major Haji Mohd Ezan Sazali bin Haji Osman, Second-in-Command 2Bn RBLF, Officers and other 2Bn RBLF personnel.

Four teams participated in the event which comprised of A Company, C Company, Admin Company and Command Company. The orienteering competition was divided into 5 categories with one team category and four open categories. The open categories are Individual open events (40 years and above), Individual open events (35 to 39 years old), Individual open events (35 years to 39 years old) and Individual open events (29 years old).

Command Company emerged as the champion for the 2019 orienteering competition. Second place went to A Company and Admin Company came in the third place in the competition.

The competition aims to test the navigational skills and endurance fitness of the orienteers, where participants will have to make their way across unfamiliar terrain using only a map and a compass.





PERLAWANAN MERINTIS PERINGKAT BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2019

TAMAN REKREASI SUNGAI BASONG, Khamis 05 September 2019 - Perlawanan Merintis bagi Peringkat Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong, Tutong.  Acara tersebut telah dianjurkan oleh Kompeni C, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat menyaksikan pertandingan ini adalah Yang Mulia Mejar Haji Mohd Ezan Sazali bin Haji Osman, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB, Pegawai-pegawai Memerintah Kompeni, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB.

Empat pasukan telah ikut bertanding terdiri daripada Kompeni A, Kompeni C, Kompeni Pentadbir dan Kompeni Memerintah. Perlawanan ini telah dibahagikan kepada 5 kategori iaitu satu kategori pasukan dan empat kategori terbuka yang lain. Bagi Kategori terbuka ialah Acara terbuka perseorangan (40 tahun keatas), Acara terbuka perseorangan (35 tahun ke 39 tahun), Acara terbuka perseorangan (35 tahun - 39 tahun), Acara terbuka perseorangan (29 tahun kebawah).

Kompeni Memerintah muncul juara bagi perlawanan merintis tahun ini. Tempat kedua disandang oleh Kompeni A, manakala Kompeni Pentadbir menduduki tempat ketiga dalam acara itu. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB.

Acara sukan ini bertujuan untuk menguji kemahiran navigasi dan kecergasan daya tahan para pemain orientasi, di mana para peserta perlu melintasi kawasan yang tidak dikenali dengan menggunakan hanya peta dan kompas.