Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS CYCLING RACE EVENT IN CONJUNCTION WITH 58th RBAF ANNIVERSARY

LUMUT CAMP, Sunday, 1 September 2019 – An inter-service Cycling Race Event organised by the Third Battalion Royal Brunei Land Force (RBLF) was held today at Lumut Camp. This event was a continuation from the 58th RBAF Anniversary Celebration.

This cycling race was participated by a total of 72 civilian and military personnel from the Ministry of Defence and RBAF.

The race covered a distance of 105 km starting from Lumut Camp, going through Sungai Liang’s traffic light, Telisai Lumut Highway, Sungai Liang, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Bukit Beruang Flyover, Anduki, Seria, Mumong, Pekan Belait, Seria by-pass and finally back to Lumut Camp for the finishing line.

Present as guest of the honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the RBLF who officiated the event. Also present were senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.

Winners of the cycling race event were as follows:

Winners for the Team Racing Competition:-

Champion – Royal Brunei Land Force , A

First Runner up – Royal Brunei Airforce, A

Third – Ministry of Defence, B

Winners for the individuals Bicycle Racing Championship: 

Champion - 18692 Cprl (U) Mohd Nurhaimin bin Awang (Time: 2 hours 36 mins 01 secs, RBAirf A)

First runner up -  51238 Pvt Haji Mohd Nazri bin Haji Mastani (Time: 2 hours 36 mins 04 secs, RBLF A)

Third - 1291 Lt (U) Mohd Zulhaffiz Zarriq bin Haji Ranee (Time: 2 hours 36 mins, 05 secs, MINDEF B)

Meanwhile, the winners of the Sprint category fell to 51238 Pvt Haji Mohd Nazri bin Haji Mastani, RBLF A. While the King of Mountain category was held by 18312 Cprl (U) Masri bin Metasan, RBAirf.

In line with MINDEF’s and RBAF’s objective to nurture a healthy lifestyle, bicycle racing is a sport that requires strong mental and physical endurance, and it also encourages healthy sportsmanship among the personnel of the Ministry of Defence and RBAF.





KEJOHANAN LUMBA BASIKAL SEMPENA ULANG TAHUN ABDB YANG KE-58 TAHUN

PERKHEMAHAN LUMUT, Ahad, 1 September 2019 – Kejohanan Lumba Basikal Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang dikendalikan oleh Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pagi ini di Perkhemahan Lumut. Acara ini adalah merupakan kesinambungan acara sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB yang ke-58 tahun. 

Kejohanan Lumba Basikal ini disertai oleh 72 anggota-anggota tentera dan awam dari gabungan Kementerian Pertahanan dan Unit ABDB.

Perlumbaan basikal ini dengan jarak laluan sejauh 105 km telah bermula dari kawasan Perkhemahan Lumut melalui kawasan Sungai Liang, Lebuhraya Telisai Lumut,  Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Bukit Beruang, Anduki, Seria, Mumong, Pekan Belait, Seria by-pass dan seterusnya berakhir di Perkhemahan Lumut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei yang juga merasmikan perlumbaan tersebut. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Pemenang bagi acara berkumpulan:-

Johan – Tentera Darat Diraja Brunei, A

Naib Johan – Tentera Udara Diraja Brunei, A

Ketiga – Kementerian Pertahanan, B

Pemenang individu:-

Johan – 18692 Kpl (U) Mohd Nurhaimin bin Awang (Masa: 2 jam 36 min 01 saat, TUDB A)

Naib Johan – 51238 Sld Haji Mohd Nazri bin Haji Mastani (Masa: 2 jam 36min 04 saat, TDDB A)

Ketiga – 1291 Lt (U) Mohd Zulhaffiz Zarriq bin Haji Ranee (Masa: 2 jam 36 min, 05 saat, KEMENTAH B)

Sementara itu, pemenang bagi bagi kategori Sprint ialah 51238 Sld Haji Mohd Nazri bin Haji Mastani, TDDB A. Manakala kategori King of Mountain disandang oleh 18312 Kpl (U) Masri bin Metasan, TUDB A.

Selaras dengan objektif Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk memupuk gaya hidup yang sihat, sukan lumba basikal ini merupakan sukan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat dan di samping itu juga dapat menggalakkan semangat kesukanan di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.