Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CHIEF OF STAFF, ROYAL BRUNEI LAND FORCE VISITS EXERCISE SEMANGAT PAHLAWAN 1/2019

REMPAYOH, Thursday, 08 August 2019 – Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff, Royal Brunei Land Force (RBLF) paid a visit to Exercise Semangat Pahlawan 1/2019 conducted by the Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF). Also present during the visit were Officers from RBLF Headquarters and 3Bn RBLF.

Upon arrival, the Chief of Staff RBLF was welcomed by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Commanding Officer of 3Bn RBLF. The visit was followed by an Operational Brief presented by Major Mohamad Safizan bin Ahmad and Lieutenant Umar Abdul Aziz bin Haji Yahya. The Chief of Staff also witnessed various scenarios of Cordon, Search and Destroy played out by 3Bn RBLF and Chemical Biological Radiological and Explosives, Support Battalion RBLF. The Chief of Staff also had the opportunity to visit the A Echelon for Exercise Semangat Pahlawan 1/2019 based at Raya Sg Mau Community Hall.


KETUA STAF TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAWAT EKSESAIS SEMANGAT PAHLAWAN 1/2019

REMPAYOH, Khamis, 08 Ogos 2019 - Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei telah membuat lawatan ke Eksesais Semangat Pahlawan 1/2019 yang dikendalikan oleh Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3BN TDDB). Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Pegawai-Pegawai dari Markas Tentera Darat Diraja Brunei dan 3Bn TDDB.

Sejurus tiba, Ketua Staf TDDB disambut oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3BN TDDB. Lawatan diteruskan dengan taklimat operasi yang disampaikan oleh Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad dan Leftenan Umar Abdul Aziz bin Haji Yahya. Ketua Staf juga menyaksikan senario menggeladah, mencari dan memusnahkan oleh anggota 3Bn TDDB dan anggota- anggota daripada Unit Pertahanan Kimia Biologi Radiologi dan Letupan, Batalion Bantu TDDB. Ketua Staf juga mengunjungi A Echelon untuk Eksesais Semangat Pahlawan 1/2019 di Dewan Balai Raya Sg Mau.