Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE PAID A VISIT TO KAMPONG MELILAS AND KAMPONG SUKANG

KG. MELILAS, Tuesday, 06 August 2019 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the Commander of the Royal Brunei Land Force paid a visit to Kampong Melilas and Kampong Sukang as well as witnessed an Anti-Riot demonstration from the personnel from Company B, Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) at the Recreational Park, Kampong Sungai Mau. Also present during the visit were Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Kuala Beliat District Officer, Haji Mohammed Azrie bin Haji Talip, Acting Police Chief Belait District Officer and Mohd Aidil Fadzillah bin Haji Tamin, Chief of Staff of the Internal Security Department.

The visit began at Kampong Melilas where the Commander of the RBLF was welcomed by the residents of Kampong Melilas Long House. As part of the visit, the Commander of the RBLF paid a visit to the Jetty and School in Kg. Melilas, Head of Village house at Kampong Sukang, the Kampong Sukang Long House and the old jetty.

The Commander of RBLF also witnessed an anti-riot demonstration at Kampong Sg Mau played out by 3Bn RBLF personnel who are also currently deployed for Exercise Semangat Pahlawan 1/2019. Also present during the demonstration were RBLF officers and personnel. The demonstration aims to show the new techniques, tactics and procedures for anti-riot. The tour concluded with afternoon tea.

The visit serves to identify the problems faced by the residents of Kampung Melilas and Kampung Sukang and also to strengthen the bond of friendship with the villagers and the military personnel.






PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAWAT KAMPONG MELILAS DAN KAMPONG SUKANG

KG. MELILAS, Selasa 06 Ogos 2019 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat lawatan ke Kampong Melilas, Kampong Sukang dan menyaksikan demonstrasi rusuhan dari B Kompeni Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) di Dewan Balai Raya, Kg Sg Mau. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Kuala Beliat, Penguasa Polis Haji Mohammed Azrie bin Haji Talip, Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait dan Yang Mulia Haji Mohd Aidil Fadzillah bin Haji Tamin, Pegawai Staf Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Lawatan bermula di Kampong Melilas di mana Yang Mulia Pemerintah TDDB disambut oleh penduduk Rumah Panjang Kampong Melilas. Semasa lawatan tersebut, Pemerintah TDDB membuat lawatan ke Jeti dan Sekolah Rendah Melilas.Selepas daripada Kg. Melilas, Pemerintah TDDB terus melawat di Kampong Sukang untuk beramah mesra di rumah Penghulu Kampong Sukang dan melawat rumah panjang dan jeti lama.

Seterusnya, Pemerintah TDDB juga dijemput untuk menyaksikan demonstrasi Penyuraian Rusuhan di Taman Rekreasi Sg. Mau yang tediri daripada anggota 3Bn TDDB yang pada masa yang sama sedang menjalankan Eksesais Semangat Pahlawan Siri 1/2019. Turut  hadir untuk menyaksikan demonstrasi ini adalah Pegawai-Pegawai Kanan TDDB. Lawatan ini adalah untuk memperkenalkan teknik, taktik dan prosedur Penyuraian Rusuhan yang baru. Lawatan ini di akhiri dengan jamuan minum petang.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh Penduduk Kampung Melilas dan Sukang dan juga mengeratkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung-kampung tersebut.