Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
VISIT BY SESKOAD TA 2019 TO ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Monday, 05 August 2019 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) received a delegation comprised of 59 SESKOAD TA 2019 Army Officers led by Major General Hartomo at the Officers' Mess, Berakas Garrison. The delegation is currently on a five-day working visit to Brunei Darussalam from 04 August 2019 until 09 August 2019.

The visit was aimed at gaining a better understanding of the defence organisations of countries in the Asia-Pacific region in general, and more specifically in Brunei Darussalam.

During the visit to RBLF, the SESKOAD TA delegation was briefed on the organisational structure and roles and responsibilities of RBLF. The delegation also had the opportunity to meet with Colonel Azman bin Hj Bangkol, Chief of Staff RBLF. The briefing concluded with a question-and-answer session, presentation of souvenirs and a photo session.

As part of the visit, the delegation will pay a visit to the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies and Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces. Other cultural venues include as Royal Regalia Museum and Kampong Ayer to explore and discover the culture and traditions in Brunei Darussalam.



KUNJUNGAN DARIPADA PERWIRA SISWA SESKOAD TA 2019 PERWIRA ANGKATAN DARAT KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Isnin 05 Ogos 2019 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima lawatan daripada 59 delegasi Perwira Siswa SESKOAD TA 2019 Angkatan Darat diketuai oleh Mejar Jeneral Hartomo di Mess Pegawai Berakas Garison. Delegasi tersebut sedang membuat lawatan kerja selama lima hari ke Brunei Darussalam bermula dari 04 Ogos 2019 hingga 09 Ogos 2019.

Lawatan ini antara lain bertujuan untuk mendapatkan pemahaman lebih lanjut mengenai pertahanan negara-negara di rantau Asia-Pasifik pada umumnya, dan lebih khusus di Negara Brunei Darussalam.

Semasa lawatan ke TDDB, delegasi SESKOAD TA diberi taklimat mengenai struktur organisasi serta tugas dan tanggungjawab TDDB. Delegasi juga berpeluang untuk berjumpa dengan Yang Mulia Kolonel Azman bin Hj Bangkol, Ketua Staf TDDB. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderahati kenangan dan sesi bergambar ramai.

Semasa lawatan mereka itu nanti, delegasi berpeluang untuk melawat Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Delegasi juga akan melawat ke tempat- tempat kebudayaan seperti Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja dan Kampong Ayer untuk meneroka dan menemui budaya dan tradisi Brunei Darussalam.