Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE FOOTBALL CHAMPIONSHIP

PENANJONG GARISON, Friday, 05 July 2019 – Support Battalion, Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) organised the final Championship Football match between Armored Reece Squadron (ARS) and Combat Engineer Squadron (CES). The match was held at Penanjong Garrison Mini Stadium Football Field. Other units which participated in the football match were Company Headquarters and Chemical, Biological, Radiological and Explosives (CBRE).

Present as the guest of honour was Lt Col Hj Rony Zai bin Hj Zaini, Commanding Officer, Sp Bn. Also in attendance were officers and personnel from Sp Bn.

ARS emerged as the champion with the finishing score of 1-0 and CES positioned as runner up. The best player was awarded to Pvt Sahlan bin Jatah, whereas the player who scored most goals was Pvt Amierul Ezairy bin Azmi.

The championship serves to seek potential players from Sp Bn who will then be selected to participate in the Royal Brunei Land Force Football championship. It also encourages healthy sportsmanship and to strengthen relations between the units of Sp Bn.




KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TAHUN 2019

PENANJONG GARISON, Jumaat, 05 Julai 2019 – Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah menganjurkan kejohanan bola sepak bagi tahun 2019 di antara unit-unit Bn Bantu TDDB. Perlawanan akhir kejohanan tersebut menyaksikan perlawanan di antara pasukan Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) menentang pasukan Skuadron Jurutera Tempur (SJT) di padang Mini Stadium, Penanjong Garison. Pasukan-pasukan lain yang menyertai kejohanan tersebut ialah pasukan Kompeni Markas dan pasukan Unit Pertahanan Kimia Biologikal Radiologikal dan Letupan (KBRL) Bn Bantu TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Lt Kol Hj Rony Zai bin Hj Zaini, Pegawai Pemerintah, Bn Bantu TDDB. Turut hadir semasa perlawanan tersebut adalah pegawai dan anggota- anggota Bn Bantu TDDB.

Pasukan SKPP muncul juara dengan keputusan satu gol tanpa balas manakala tempat kedua disandang oleh SJT. Pemain terbaik telah disandang oleh Pvt Sahlan bin Jatah manakala penjaring terbanyak adalah Pvt Amierul Ezairy bin Azmi sebanyak 3 jaringan.

Kejohanan bolasepak tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam Pasukan Bn Bantu TDDB yang akan bertanding di peringkat Tentera Darat Diraja. Liga tersebut juga dihasrat untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan interaksi di antara unit-unit di dalam Bn Bantu TDDB.