Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE MEETS WITH ADVANCED INFANTRY COURSE PARTICIPANTS

LUMUT CAMP, Thursday, 13 June 2019 – A meeting session between Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and participants of the Advanced Infantry Course took place at the Cook House, Lumut Camp. A total of 165 personnel from Intake 163 will undergo the 6-weeks Advanced Infantry Course which will conclude on 20 June 2019 organised by Third Battalion, RBLF.

The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, the reading of the pledge and concluded with closing doa. Also present during the session were Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Commanding Officer of 3Bn RBLF, course organisers and instructors.

During the meeting, the Commander of RBLF emphasised for all personnel to prepare themselves in all aspects, especially on discipline and security. He also advised them to be vigilant especially in the use of social media and to maintain high discipline by avoiding social problems, especially drug abuse, drinking alcohol, absent without notice and any activities that may break military, state and religious laws. He also advised the personnel to be professional in carrying out their duties and responsibilities while making the tasks given and responsibilities and also touched on the welfare of RBLF personnel.

The purpose was to provide early exposure to the course participants before entering into their respective units in RBLF. 



SESI PERJUMPAAN KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE-163 TDDB

PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 13 Jun 2019- Sesi perjumpaan anggota-anggota lepasan rekrut pengambilan ke-163 Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB telah diadakan di Dewan Makan, Perkhemahan Lumut. Seramai 165 anggota lepasan rekrut pengambilan ke-163 akan dijangka selesai menjalani Kursus Lanjutan Infantri selama 6 minggu pada 20 Jun 2019 yang dikendalikan oleh Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB).

Perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan ikrar. Turut hadir semasa perjumpaan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemerintah 3Bn TDDB, Pegawai Pengendali Kursus Lanjutan Infantri dan jurulatih-jurulatih kursus.

Didalam sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB menekankan kepada semua anggota-anggota kursus untuk mempersiapkan diri dalam aspek disiplin dan sekuriti. Anggota-anggota kursus harus berwaspada khususnya dalam penggunaan sosial media dan menjauhi segala gejala sosial terutama sekali penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti negatif yang menyalahi undang-undang tentera, negara dan agama.. Yang Mulia Pemerintah TDDB juga menekankan kepada semua anggota-anggota kursus untuk sentiasa bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa membuat apa jua penugasan yang diberikan dan juga menekankan mengenai kebajikan setiap anggota.

Kursus itu bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta kursus sebelum masuk ke unit masing-masing di TDDB.