Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THE SECOND MINISTER OF DEFENCE ATTENDS RELIGIOUS EVENT AT ECHO COMPANY FIRST BATTALION, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BANGAR CAMP, Thursday, 30 May 2019 – Echo Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (E Coy, 1Bn RBLF) conducted a religious event at Bangar Camp. Present as the guest of honour was The Honorable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defense. Also present during the event were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, the Permanent Secretary, Ministry of Defence, Commanding Officer of 1Bn RBLF, Head of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department, Officers and personnel of E Coy 1Bn RBLF.

The ceremony began with the reading of Surah Yassin and Tahlil led by Major Abdul Mujib bin Haji Japar from RBAF Religious Department. The religious event continued with a mass Zohor prayers and Sunat Hajat Prayer led by Imam Muhammad Moazzam bin Awang Malali. The event ended with a photo session with personnel of E Coy 1Bn RBLF and the civilian staff.

 


MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGHADIRI MAJLIS KEAGAMAAN DI KOMPENI E, BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN BANGAR, Khamis, 30 Mei 2019 – Kompeni Echo, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Kompeni E, 1Bn TDDB) telah melaksanakan program Keagamaan di Perkhemahan Bangar. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir bersama adalah, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pegawai-pegawai dan anggota Kompeni E 1Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil yang diketuai oleh Mejar Abdul Mujib bin Haji Japar daripada Jabatan Agama ABDB (Jama'at). Majlis diteruskan dengan Sembahyang Zuhor dan Sembahyang Sunat Hajat yang dikepalai oleh Imam Muhammad Moazzam bin Awang Malali. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama anggota-anggota Kompeni E 1Bn TDDB dan anggota awam Perkhemahan Bangar.