Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD TAHLIL AT KUBAH MAKAM DIRAJA

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 13 May 2019– The Royal Brunei Land Force (RBLF) paid their respects in a tahlil ceremony at the Royal Mausoleum.

In the spirit of the month of Ramadhan, the activity was held in honour of the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.

Present to lead the congregation was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of RBLF. Also present was Chief of Staff RBLF, Senior Officers, officers and personnel from RBLF.

The recitation of Surah Yassin and Tahlil was led by Muhammad Nur Amin bin Awang Haji Jali. Separate tahlil events will also be organised by other Royal Brunei Armed Forces services during the month of Ramadhan.



MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Mei 2019 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.

Bagi menyemarakkan lagi suasana di bulan Ramadhan, aktiviti keagamaan tersebut telah diadakan bagi paduka ayahanda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Muhammad Nur Amin bin Awang Haji Jali. Acara-acara Tahlil berasingan juga akan diadakan oleh unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada bulan Ramadhan ini.