Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
IFTAR WITH FORMER COMMANDING OFFICER AND REGIMENT SERGANT MAJOR OF FIRST BATTALION, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

SURAU AL-FA'IZUN, Friday, 10 May 2019 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) conducted an annual event of Iftar with Former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of 1Bn RBLF that was chaired by Lieutenant Colonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, the current Commanding Officer of 1Bn RBLF.

Present for the event was The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Second Minister of Defence. Also present during the event was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander RBLF, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, District Officer of Brunei and Muara, senior officers and personnel of 1Bn RBLF.

The event commenced with a photo session with the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors followed with the recitation of Surah Yassin and Tahlil. The event continued with mass fardhu Maghrib prayers and Iftar. The event concluded with the presentation of gifts to the guest of honour and invited guests.

This event serves to strengthen the bond and acts as a token of appreciation for the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of 1Bn RBLF for their services.

 



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION PERTAMA, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

SURAU AL-FA'IZUN, Jumaat, 10 Mei 2019 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan acara tahunan iaitu Majlis Bersungkai Bersama Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen 1Bn TDDB yang dipengerusikan oleh Leftenan Kolonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pentahanan Kedua. Turut hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, pegawai-pegawai kanan TDDB serta anggota -anggota 1Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan bergambar ramai bersama mantan–mantan Pegawai Pemerintah dan juga Sarjan Mejar Rejimen diikuti dengan membaca Surah Yassin dan Tahlil. Majlis diteruskan lagi dengan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah dan kemudiannya menikmati juadah bersungkai. Acara ditutup dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Tetamu Kehormat dan para jemputan-jemputan khas.

Majlis ini diadakan  bagi mengeratkan tali silaturahim serta sebagai tanda penghormatan dan penghargaan keatas jasa khidmat baik yang telah disumbangkan oleh Mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Rejimen 1Bn TDDB.